Faisal Halim Kecewa Penyokong TFC Percaya Khabar Angin Sudah Ikat Kontrak Dengan Selangor

Pemain sayap lincah Terengganu FC, Faisal Halim menafikan dakwaan bahawa beliau telah mengikat kontrak dengan Selangor pada bulan Jun yang lalu.

Dalam temubual beliau dengan portal sukan Harimau Malaya (HM) dan Makan Bola (MB) selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia yang menyaksikan skuad Penyu akhirnya tewas kepada Selangor FC dengan jaringan 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe kini mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lapan perlawanan selepas bekas jurulatih Harimau Malaya ini mengambil alih pasukan Red Giants September yang lalu.

 

Selangor juga turut dapat memadamkan episod luka mereka selepas sembilan kali gagal menewaskan Sang Penyu dalam tempoh tiga tahun yang kali terakhir melakarkan kemenangan 1-0 di laman sendiri pada 29 Mac 2019.

Ingin kekal namun belum membuat keputusan lagi selepas apa yang berlaku

“Jujur saya cakap, saya ingin kekal. Tapi keputusan yang seharusnya tidak berlaku. Apa yang boleh saya buat saya perlu berjuang sehabis baik dengan pasukan Terengganu.”

Faisal Halim turut mengucapkan terima kasih kepada para penyokong kerana sentiasa berada di belakang dan termasuklah pihak persatuan yang menjaga kebajikannya dan misinya jelas untuk membawa pasukan Terengganu FC sekali lagi ke final.

Menurut pemain berusia 24 tahun ini , beliau masih belum lagi membuat keputusan ke manakah hala tujunya pada musim depan.

“Saya  pun terkejut sebenarnya dengan orang ramai mengatakan saya telah ke sini , telah ke sana. Saya belum buat keputusan lagi sebenarnya. Kalau saya dah buat keputusan, saya dah umum. Kalau saya dah sign dengan Selangor, Piala FA saya tak score dengan Selangor.

“Orang kata saya dah sign dengan Selangor bulan 6 (Jun), bulan 6 kita lawan Selangor (saya score dengan Selangor). So fikirlah. Kalau saya tidak professional , saya tak main malam ini.” luah isi hatinya kepada wartawan.

Harap penyokong doakan yang terbaik, masih ada 90 minit lagi.

Meskipun mereka amat kecewa dengan keputusan ini selepas kali terakhir mereka merasai kekalahan di final Piala FA dengan Johor Darul Ta’zim, Faisal Halim mahukan semua pemain termasuk para penyokong skuad Penyu melupakan kekalahan ini dan bangkit untuk 90 minit lagi dalam perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, pada Isnin depan.

“Apa yang penting pasukan Terengganu tidak perlu down sangat. Kita ada lagi 90 minit.Saya percaya rakan-rakan saya dan semua fans Terengganu doakan yang terbaik (untuk perlawanan akan datang)

 

Kongsi artikel ini