IG Famous Ini Rupanya Seorang Scammer, Ditahan FBI Selepas Cuba Scam Kelab EPL

Seorang influencer di laman media sosial Instagram kini akan didakwa di Amerika Syarikat kerana melakukan penipuan dan dilaporkan turut mensasarkan sebuah kelab Premier League.

Ramon Abbas, turut dikenali sebagai ‘Ray Hushpuppi’ di media sosial berjaya menarik 2.54 juta followers di Instagram dengan gaya hidup mewah yang dikongsi di laman media sosial itu.

Sky News melaporkan lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Dubai pada bulan lalu selepas siasatan dan operasi yang dijalankan oleh FBI.

‘Hushpuppi’ didakwa terbabit dalam pengubahan wang haram melalui urusniaga yang dilakukan melalui email (BEC), dengan pihak bank dan sebuah kelab Premier League yang turut berada di dalam senarai sasaran.

Siasatan oleh pihak FBI dinamakan ‘Operation Fox Hunt’ turut melibatkan beberapa tahanan.

Melalui sayi dokumen pendakwaan oleh US Department of Justice (DOJ), Abbas didakwa sengaja menggayakan pakaian berjenama, jam tangan mahal, dan bergaya bersama kereta mewah dan jet yang disewa.

Siasatan FBI mendapati kesemua kewangan untuk semua gaya hidup mewah itu dijana melalui perbuatan jenayah.

“Abbas dan beberapa yang lain secara berkonspirasi melakukan penggubahan wang haram bernilai jutaan dollar dari pelbagai skim penipuan dan pencerobohan data.

“Ini termasuklah untuk mendapatkan £100 juta daripada sebuah kelab Liga Perdana Inggeris,” ujar kenyataan daripada DOJ itu.

FBI berkata mereka menjejak warga Nigeria itu berdasarkan aktiviti di media sosial sejak beberapa bulan yang lalu.

Pendakwaraya Amerika Syarikat, Nick Hanna dalam satu kenyataan berkata:

“BEC adalah salah satu jenayah siber yang paling sukar untuk dijatuhkan. Ia melibatkan kumpulan yang amat tersusun terdiri daripada mereka yang pakar dalam penipuan, selain daripada kebolehan menggodam dan mengeksploitasi sistem kewangan.

“Kes ini mensasarkan pemain industri yang besar, merupakan konspirasi transnasional yang menikmati kemewahan di negara lain sambil merompak wang dari seluruh dunia.

“Sepertimana kes ini, kami akan meneruskan pemburuan jenayah seperti ini, tanpa mengira di mana mereka tinggal.”

‘Hushpuppi’ kini berhadapan dengan hukuman penjara tidak kurang 20 tahun kerana perbuatannya.

 

Kongsi artikel ini