Ibu Neymar Putuskan Hubungan Dengan Pemuda 23 Tahun Kerana Hubungan Sulit Dengan Lelaki Lain!!!

Ibu kepada Neymar yang sebelum ini dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang pemuda berusia 23 tahun, akhirnya meninggalkan teman lelakinya itu.

Ini kerana teman lelakinya itu dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Sebelum ini Neymar dikatakan merestui hubungan ibunya dengan lelaki berusia 23 tahun, dikenali sebagai Tiago Ramos – 10 hari lalu.

Namun sekarang ibu Neymar, Nadine Goncalves mengakhiri hubungan beliau dengan Tiago selepa mengetahui lelaki itu turut mempunyai hubungan dengan beberapa lelaki lain.

Tiago berusia enam tahun lebih muda daripada Neymar, dan dikatakan turut mempunyai hubungan dengan chef peribadi bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu.

Tiago juga dilaporkan keluar bersama seorang pelakon dan pelawak terkenal di Brazil, Carlinhos Maia.

Laporan dari Barzil mengatakan Tiago adalah seorang model, yang turut terlibat dengan pasukan eSport, 4K Easy. Pemuda itu turut pernah menceburkan diri dengan bola sepak, namun kerana sememangnya tiada bakat, beliau disingkirkan dari pasukan.

Tidak dapat dipastikan berapa lama sudah hubungan Nadine dengan Tiago sebelum ini, namun pemuda itu dikatakan sudah kembali bersama keluarganya selepas dihalau Nadine.

Malah melalui satu perkongsian di Instagram pada Rabu lalu, Tiago berkongsi satu gambar dirinya bermain permainan komputer bersama adik dan ibunya.

Tiago juga adalah peminat Neymar. Sebelum berjumpa buat pertama kali pada minggu lalu, Tiago pernah menghantar mesej kepada Neymar.

“Satu hari nanti saya tahu kita akan bertemu juga, kerana saya adalah seorang pemuda yang mempnyai impian dan tidak pernah menyerah kalah!

Namun nampaknya hajat Tiago untuk terus bersama Nadine tidak kesampaian. Hubungan terebut turut dilaporkan tidak mendapar restu daripada ahli keluarga yang lain.

Nadine sebelum ini telah berkahwin kepada Wagner Ribieiro (ayah kandung Neymar), selama 25 tahun sebelum bercerai pada 2016.

Wagner Ribiero juga adalah ejen kepada Neymar.

 

Kongsi artikel ini