Media di Itali melaporkan Zlatan Ibrahimovic sedang mempertimbangkan untuk bersara sebagai pemain bola sepak profesional.
Ia setelah tempoh kedua beliau bersama AC Milan terjejas akibat penularan wabak Coronavirus.
Menurut La Gazzetta Dello Sport pada Khamis lalu, penyerang berusia 38 tahun itu sedang mempertimbangkan secara serius untuk menjadi seorang pengurus dengan bantuan ejennya, Mino Raiola.
Media Itali itu turut berkata Ibrahimovic kini berada di Sweden dan mahukan sebuah projek yang boleh memberikan dirinya motivasi baharu, melebihi dari faktor kewangan semata-mata.
Serie A: Ibrahimovic set to leave AC Milan to become a manager https://t.co/KKPmux8Vy4 pic.twitter.com/7Ma4BCso7A
— Halliday Idawarifagha Abimbola (@HallidayIdawar1) March 23, 2020
Bersama-sama Milan, Ibrahimovic hanya boleh mengharapkan kelayakan ke Liga Europa pada musim hadapan sebagai pencapaian terbaik.
AC Milan kini berada di kedudukan ke-7 di Serie A, 12 mata di belakang pasukan tangga ke-4 yang menjanjikan kelayakan ke UEFA Champions League – yang kini diduduki oleh Atalanta.
Ibrahimovic kembali menyertai Milan pada jendela perpindahan Januari lalu setelah kontrak beliau bersama Los Angeles Galaxy di Major League Soccer tamat.
Kontrak beliau di San Siro pula adalah sehingga ke akhir musim ini dengan pilihan sambungan selama setahun.
“Saya kembali menyertai sebuah kelab yang saya amat hormati, dan juga ke bandar Milan yang amat saya kasihi,” kata beliau ketika mengumumkan bakal kembali menyarung jersi merah hitam itu.
“Saya akan berjuang bersama rakan sepasukan yang lain demi menukar nasib kita pada musim ini. Saya akan melakukan sebaik mungkin demi memastikan ia berjaya dilakukan.”
Would Zlatan Ibrahimovic make a good manager?
Or would his giant ego get in the way of player development?
Just one of the things discussed by @niallpfc, @Mr_Jimbob and @McnortonStephen today!
Get the full #podcast here: https://t.co/eUOHPx5LxF pic.twitter.com/NQ3wyG9vFJ
— Sport Social (@TheSportSocial) March 23, 2020
Sejak kembali ke Milan, Ibrahimovic telah menjaringkan empat gol dari 10 penampilan. Prestasi keseluruhan Milan turut meningkat sebelum saingan Serie A ditangguhkan akibat COVID-19.
Selain AC Milan, Ibrahimovic telah beraksi dengan beberapa kelab di serata Eropah termasuk Barcelona, Manchester United, Paris Saint-Germain, dan Inter Milan sepanjang kariernya.
Beliau turut merangkul kejuaraan liga di Sepanyol, Perancis dan Itali selain daripada kejuaraan Liga Europa ketika bersama Manchester United.
Namun demikian, Ibrahimovic tidak pernah memenangi pertandingan UEFA Champions League sepanjang bergelar pemain profesional.
Di peringkat antarabangsa, Ibrahimovic telah tampil dalam 116 perlawanan untuk Sweden dan menjaringkan 62 gol untuk tampil sebagai penjaring terbanyak negaranya.