Ibrahimovic Kecam Pelaku Vandalisme Patung ‘Level Budak Tadika’

Zlatan Ibrahimovic melabel individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan vandalisme terhadap patung beliau pada awal tahun ini sebagai setaraf budak tadika.

Malah Ibrahimovic percaya perbuatan tersebut tidak akan memadam kisah beliau yang akan kekal selama-lamanya dalam sejarah bola sepak.

Perbuatan vandalisme itu dipercayai berlaku selepas bekas penyerang AC Milan itu berlatih bersama Hammarby di Sweden selepas Itali dikenakan perintah berkurung akibat penularan wabak.

Ia adalah susulan pelaburan yang pemain itu lakukan kepada Hammarby pada tahun lalu. Vandalisme kemudiannya berulang kali terhadap patung Ibrahimovic di kelab asalnya Malmo, sebelum ia dipindahkan pada Januari.

“Ia [perbuatan] memalukan.” kata Ibrahimovic kepada Dplay.

“Mereka mahukan perhatian dan mahukan media menulis mengenai perkara itu – ia sama dengan taraf budak tadika. Kita lebih dewasa daripada itu.”

Bercakap pertama kali mengenai perbuatan tersebut sebelum ini, Ibrahimovic berkata:

“Patung itu akan kekal sebegitu, tetapi ia tidak bermakna kisah saya akan dipadam, ia akan kekal selamanya.”

Ibrahimovic, kini berusia 38 tahun melakukan debut profesionalnya bersama Malmo 20 tahun yang lalu. Namun beliau kemudiannya membeli 25% daripada pemilikan Hammarby pada November lepas.

Ibrahimovic menjaringkan gol ketika perlawanan latihan bersama Hammarby pada Jumaat lalu, kini berpendapat beliau selama ini terlalu baik kepada Malmo setelah pernah menderma £8.05 juta kepada bekas kelabnya itu.

“Saya pernah bermain untuk Malmo, dan saya lakukan apa yang saya perlu lakukan untuk Malmo walaupun saya tidak dialu-alukan dan tidak dikehendaki di sana,” kata Ibrahomovic yang meninggalkan kelab tersebut untuk menyertai Ajax pada 2001.

“Mereka sepatutnya bersyukur, dan mereka yang tahu, maka mereka sedar.”

Ditanya mengenai masa depannya, Ibrahimovic berkata beliau akan membuat keputusan setelah beliau kembali ke Milan

“Saya mempunyai kontrak bersama Milan dan kita akan lihat sama ada ia berakhir di sana, sekiranya ia berahir,” kata Ibrahimovic.

“Saya mahu bermain bola sepak selagi saya boleh memberikan sesuatu. Bukan sekadar bermain kerana apa yang pernah saya lakukan atau kerana siapa diri saya.

“Kita akan lihat apa yang berlaku – siapa tahu selepas ini wabak yang sedang menular ini membuatkan semua orang terbalik pula dalam tempoh dua minggu akan datang?”

 

Kongsi artikel ini