HT: Lihat 3 ‘Wonder Gol’ JDT Dari Luar Kotak Penalti Yang Merobek Gawang Selangor

Perlawanan di antara JDT dan Selangor FC pada minggu ini pasti menjadi perlawanan tumpuan utama saingan Liga Super Malaysia (MSL) pada minggu ini.

Apa tidaknya. Pertemuan di antara kedua-dua pasukans sering kali dihiasi dengan drama panas baik sebelum, ketika mahu pun selepas perlawanan.

Babak pertama perlawanan yang berlangsung sebentar tadi sudah cukup untuk membuatkan mereka yang menyaksikan perlawanan tersebut kagum.

JDT yang beraksi di tempat sendiri nyata tidak memberi ruang untuk pemain-pemain Selangor mengatur rentak permainan dan melakukan tekanan sejak dari wisel permulaan.

Hasilnya, JDT menjaringkan gol pembukaan perlawanan seawal minit ke-3 melalui rembatan deras Bergson da Silva dari luar kotak penalti yang langsung menewaskan Khairulazhan Khalid.

Skuad kendalian Benjamin Mora langsung tidak memperlahankan rentak serangan dan banyak melakukan gerakan dari sayap kiri.

Hasilnya, pemain pertahanan Selangor, Quenting Cheng terpaksa mengasari Fernando Forestieri dan sepakan percuma yang diberikan pengadil disudah cantik ke bahagian near post – sekali lagi menewaskan Khairulazhan untuk menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-24 perlawanan

JDT terus garang melebarkan kedudukan selepas itu apabila kali ini seorang lagi pemain import JDT, Leandro Velasquez mencetak nama sebagai penjaring.

Menyambut hantaran pendek daripada Afiq Fazail di luar kotak penal Selangor, Leandro merembat dengan kaki kiri ke penjuru kanan gawang untuk gol ketiga JDT.

Peluang terbaik Selangor untuk merapatkan kedudukan hadir pada babak akhir separuh masa pertama melalui Brendan Gan.

Namun percubaan kapten Selangor itu cemerlang ditepis keluar oleh Farizal Marlias.

Bersambung…

Kongsi artikel ini