Expand To Show Full Article
Holyfield Sanggup Lupakan Insiden Gigit Telinga Untuk Kembali Lawan Tyson - Grandstand Kita

Holyfield Sanggup Lupakan Insiden Gigit Telinga Untuk Kembali Lawan Tyson

Bekas juara dunia kategori Heavyweight, Evander Holyfield, berkata beliau tidak keberatan kembali ke arena untuk bertarung melawan Mike Tyson.

Holyfield dan Tyson adalah nama besar dalam arena tinju dunia sepanjang 1990-an. Kedua-duanya sempat bertemu dua kali pada 1996 dan 1997 dengan dua kemenangan berpihak kepada peninju dengan jolokan The Real Deal.

Selepas lebih 20 tahun berselang, Holyfield kini siap untuk berhadapan dengan Tyson untuk kali ketiga.

“Itu [pertarugan] semua bergantung kepada berapa banyak wang yang saya akan dapat, kerana saya tahu pendapatan yang layak saya dibayar,” kata Holyfield ketika ditanya kesediaan berhadapan Tyson sedang merancang pertarungan amal.

Peninju yang menggantung sarung tinju pada 2011 itu mengaku tidak risau akan digigit Tyson sekali lagi seperti dalam pertarungan pada 1997.

Menurut Holyfield, kejadian 23 tahun itu berlaku kerana keinginan Tyson untuk tewas kali kedua, setelah tunduk kepada beliau setahun sebelumnya.

“Saya faham mengapa dia melakukannya pada watu itu. Jadi ia bukan masalah lagi sekarang. Dia berusaha menjaga prestij dirinya. Dia sedar dia akan kalah lagi kepada seorang yang dilabel memiliki masalah jantung,” jelas Holyfield.

“Dia berkata pada dirinya, ‘Jika saya kalah lagi, ini akan memburukkan reputasi, tetapi jika saya melakukan sesuatu yang gila maka ramai hanya akan melabelkan beliau sebagai penimju yang gila,” sambungnya Holyfield lagi.

Holyfield juga menganggap Tyson kini telah berubah, tidak lagi panas baran seperti ketika masih aktif sebagai petinju profesional yang sentiasa dahagakan kemenangan.

Kongsi artikel ini