Highlights UEFA Nation League : Aksi Jack Grealish Memukau

Sekalipun England tewas dengan negara berada di ranking nombor satu dunia bolasepak Belgium , ternyata Jack Grealish mendapat pujian dari penyokong dan jurulatih.

Pemain 25 tahun , playmaker kelab Aston Villa ini telah menunjukkan persembahan berkualiti dan meyakinkan dalam perlawanan UEFA Nation League menentang negara Romelu Lukaku pada awal pagi tadi.

England tewas dengan jaringan dua gol tanpa balas. Gol dijaringkan oleh pemain tengah Belgium Youri Tielemans minit ke 10 dan Dries Mertens menerusi sepakan percuma cantik minit ke 23.

Jack Grealish membawa aksi terpujinya ke dalam skuad Three Lions. Pasukan ini yang memiliki pemain yang purata berusia umur 27 tahun menguasai perlawanan itu namun sukar menembusi benteng pertahanan lawan yang diketuai oleh Denayer.

Jurulatih England , Gareth Southgate memuji aksi ketua pasukan kelab Aston Villa. “Visi permainannya sentiasa mengucar-kacirkan pertahanan pasukan lawan. Dia mendapat sokongan bagus dari rakannya.”

“Banyak mendapat bola ke kakinya. Cuba mengatur serangan. Sentuhan pertama sangat menakjubkan. Walau bagaimanapun kami tidak bernasib baik” ujar Gare Southgate selepas perlawanan dalam sidang media.

Pemain tengah Jack Grealish meluahkan kekecewaannya kepada Sky Sports: “Saya sangat menyukainya. Inilah yang saya nantikan dan ini adalah permainan yang saya impikan. Saya telah membesar sepanjang hidup saya ingin bermain untuk England.

“Kami mahu menang malam ini, tetapi saya kecewa kerana kami tidak memperoleh kemenangan.

“Saya tahu ini adalah peluang saya untuk membuktikan sesuatu untuk England walaupun ia berada dalam tekanan tetapi Inilah perkara yang saya suka dan cuba membuat yang terbaik.

“24 jam terakhir saya menonton klip pemain kegemaran saya. Saya menyaksikannya pada setiap kali ada perlawanan. Saya menonton klip Kevin de Bruyne, Philippe Coutinho , pemain dalam posisi saya mengkaji persembahan mereka dan hari ini itulah yang membuat saya terus maju.

“Perkara yang paling sukar adalah mendapatkan keserasian dengan rakan sepasukan. Apabila kita datang ke sini, kita hanya ada masa 10 hari untuk berlatih bersama.

“Pengurus telah memberikan motivasi kepada saya dan ada pemain kelas dunia bermain bersama saya.”

Kongsi artikel ini