Kelihatan monyok muka baby face Ole Gunnar Solksjaer selepas perlawanan menentang Paris Saint German (PSG) dengan kekalahan 1-3 dalam kumpuan H saingan Liga Juara Eropah awal pagi tadi.
Pasukan Manchester United kelihatan lebih berkeyakinan tinggi menghadapi PSG selepas persembahan memukau ketika membuat “comeback” daripada mengalami kekalahan kepada Southampton empat hari lalu di Old Trafford di tambah pula kemenangan ke atas PSG 1-0 ketika berkunjung di Le Parc de Princes awal Oktober yang lalu dalam saingan UCL juga.
Memastikan Manchester United mahu layak lebih awal ke pusingan ke 2 peringkat kalah mati , Ole membariskan rangkaian penyerang terhebatnya seperti Edison Cavani , Marcus Rashford dan Anthony Martial.
Red Devils juga mahu meneruskan rentetan kemenangan di Old Trafford tetapi rupanya telah dimalukan oleh keegoaan Neymar bersama Kyle Mbappe. Ia lebih terserlah apabila Anthony Martial gagal menjaringkan gol walaupun mempunyai peluang terbukanya adalah sangat luas semasa pintu gol PSG terbuka luas juga.
Lantas mantan otai Manchester United Paul Scholes dan Rio Ferdinand mengkritik prestasi pemain Perancis itu semasa mereka menjadi pengulas di dalam perlawanan itu.
What Anthony Martial did last night cannot be forgiven 🤬🤬🤬🤬…..How does a full number 9 ya Manchester United miss this open goal???!!!!! pic.twitter.com/6zzlWUbgRN
— Tumelo B (@Josta__) December 3, 2020
“ Martial ni banyak peluang untuk jaringkan gol. Tapi satu pun dia tak buat. Tahulah dia sedang bergelut dengan diri untuk menjaringkan gol. Tapi memang patutlah dia jaringkan gol itu. Takkanlah benda ni nak kena beritahu lagi”. Ulas Scholes walaupun dia kelihatan tenang di hadapan kamera.
“Ada peluang sumbat gol untuk United , golkanlah. Yang dia gagal jaringkan gol dah kenapa” , Rio Ferdinand ketika mengulas kegagalan Anthony Martial menjaringkan gol yang sepatutnya menjadikan keputusan 1 – 1 pada minit ke 48. Gol saguhati dijaringkan oleh Marcus Rashford.
Kekalahan Manchester United kepada skuad Thomas Tuchel telah membuka peluang yang luas kepada pasukan PSG dan RB Leipzig yang berkongsi sembilan mata dan masing-masing memerlukan kemenangan mutlak untuk ke pusingan yang seterusnya.
PSG akan menjadi tuan rumah kepada pasukan Istanbul Basaksehir manakala RB Leipzig akan menanti kunjungan skuad Red Devils di stadium Red Bull Arena , German pada 09 Disember 2020 nanti.