Bruno Fernandes sekali lagi menjadi watak penting dalam memastikan skuad Ole Gunnar Solskjaer mengenggam tiga mata penuh ketika menewaskan Istanbul Basaksehir dalam perlawanan Liga Juara-juara Eropah di Old Trafford pada malam tadi.
Ini adalah perlawanan timbal balik dalam kumpulan H dengan Manchester United mendahului PSG dengan sembilan mata selepas empat perlawanan.
Ole telah meletakkan Edinson Cavani dan Donny van de Beek dalam kesebelasan utama dimana Marcus Rashford , Anthony Martial berjaya mengucarkacirkan pasukan lawan dengan Fernandes menjadi kunci menyumbangkan dua gol selain Marcus Rashford (penalti) dan Daniel James pada minit kecederaan.
Berkata Ole kepada media “ Kami perlukan mata penuh dalam perlawanan ini kerana kami akan bertemu dengan PSG selepas itu. Dengan tiga mata penuh dan mendahului pasukan lain dalam kumpulan ternyata memberikan suntikan moral kepada kami.
“ Anak buah saya bermain dengan bersungguh. Mereka teruja menghadapi pasukan yang menewaskan kami tiga minggu lalu.
“Mereka mahu mengubah keputusan itu dalam perlawanan ini. Banyak peluang gol yang dicipta. Ini menunjukkan mereka telah bersedia 200% fokus untuk menewaskan kelab dari Turki ini.”
Bruno Fernandes menjaringkan gol pertama pada minit ke sembilan dan gol kedua pada minit ke 19 dan Marcus Rashford menjaringkan gol melalui penalti sebelum tamat separuh masa pertama.
Istanbul Basaksehir nyata tidak mampu melawan arus serangan dari Manchester United walaupun mereka berusaha menyaingi perlawanan itu dengan Demba Ba tidak banyak mendapat peluang mencari gol.
Pasukan pelawat mendapat gol saguhati Denis Turuc pada minit ke 75 tetapi Manchester United juga tidak mengendurkan serangan sehinggalah Daniel James berjaya menjaringkan gol keempat pada masa kecederaan.