Olivier Giroud membuktikan kepada bosnya , Frank Lampard bahawa jangan memandang enteng kepadanya setelah berjaya menumbangkan kelab Sevilla 4-0 di stadium Ramon Sanchez-Pizjuan awal pagi tadi kerana beliau tidak mendapat minit yang banyak dalam aksi Liga Premier Inggeris 2020/21.
Giroud menjadi pemain pertama menyumbat empat gol dalam satu perlawanan sahaja selepas Frank Lampard pernah melakukan perkara yang sama ketika mengalahkan Aston Villa 7-1 pada 10 tahun yang lalu.
Full-time: Sevilla 0-4 Chelsea! @_OlivierGiroud_ scores FOUR as the Blues finish top of Group E in the @ChampionsLeague! 🙌#SEVCHE pic.twitter.com/MxcffmXoWt
— Chelsea FC (@ChelseaFC) December 2, 2020
Kuda tua ini menunjukkan kualiti yang ada dalam dirinya mengucarkacirkan pasukan Sevilla dengan menjaringkan empat gol termasuk hatrik dan sepakan penalti. Kemenangan ke empat Chelsea daripada lima perlawanan kumpulan E menjamin tempat teratas dalam saingan kumpulan E Liga Juara Eropah.
Sevilla hanya kalah sekali dengan kelab Inggeris di stadium keramat mereka terkedu apabila larian laju dari Kai Haverts membawa bola dari 40 meter padang sebelum melorongkan bola kepada Giroud dengan tanpa berlengah melencongkan bola ke gawang gol menewaskan Alfonso Pastor pada minit ke 8.
Terkedu dengan serangan laju The Bules , Sevilla pantas meningkatkan tempo permainan untuk menyamakan kedudukan. Minit ke 28 Karim Rekik dapat membuat percubaan ke arah pintu gol Chelsea hasil dari sepakan percuma Oscar Rodriguez , namun Rudgier dapat membuat halangan penting memastikan tiada gol dapat dihasilkan.
Rudiger juga hampir menjaringkan gol dengan tandukan padu tetapi dapat diselamatkan oleh Vazquez di atas garisan gol Sevilla.
Masuk separuh kedua minit ke 58 , pemain Perancis ini sekali lagi dapat menghidu peluang menjaringkan gol dengan sentuhan pertamanya dan terus merembat masuk bola menewaskan Pastor sekali lagi. Ini menjadikan gol keduanya di dalam Liga UCL.
An Olivier Giroud Masterclass as Chelsea win Group E ⚽⚽⚽⚽ pic.twitter.com/nZqD3LoRvd
— 433 (@433) December 2, 2020
Sevilla juga berasa kecewa apabila ketangkasan penjaga gol Chelsea Edouard Mendy yang gagah menahan asakan daripada serangan pihak lawan.
Giroud terus membunuh semangat tuan rumah apabila dapat menjarigkan gol lagi pada minit 74 dan minit ke 83 itu menerusi sepakan penalti untuk memastikan kemenangan bergaya oleh skuad The Blues. Chelsea kini mendahului pasukan lain dengan 13 mata dalam kumpulan E , Liga Juara Eropah