Expand To Show Full Article
Highlights Premier League 2020/21: Aston Villa Bedil The Gunners - Grandstand Kita

Highlights Premier League 2020/21: Aston Villa Bedil The Gunners

Skuad Mikel Arteta longlai di Emirates Stadium ketika menentang Aston Villa akibat kesilapan gol sendiri dan jaringan dua gol oleh Ollie Watkins yang dipilih sebagai ‘Man of The Match’ dalam perlawanan tersebut.

Pada minit pertama , Aston Villa menunjukkan kegarangan mereka apabila John McGin merembat bola masuk ke gol dari dalam kotak penalti hasil lorongan Jack Grealish.

Namun pengadil , Martin Atkinson membatalkan gol itu kerana Jack McGin dikesan berada dalam offside oleh bantuan VAR.

Pasukan pelawat yang memalukan Liverpool sebelum ini lebih banyak mengatur serangan ke atas pertahanan Arsenal yang dikepalai oleh Gabriel , K. Tiemey dan R. Holding.

Gol pertama untuk Aston Villa hasil kesilapan pemain sayap , Saka yang cuba mengeluarkan bola lintang oleh Matt Targett’s tetapi pemain itu tertampan bola dan masuk ke gol sendiri pada minit ke 25 kerana beliau juga mendapat tekanan oleh Trezeguet.

Willian , Thomas Partey dan Pierre-Emerick Aubameyang menggerakkan jentera serangan tetapi buntu untuk menjaringkan gol.

Separuh masa kedua Mikel Arteta mengeluarkan Partey , Willian dan Lacazette dengan memasukkan Dani Ceballos , Nicolas Pepe serta Eddie Nketiah dalam usaha menyamakan kedudukan tetapi masih gagal memecah tembok pertahanan Aston Villa.

Rose Barkley  dan Jack Grealish kedua-dua pemain tengah ini begitu memperlihatkan gandingan padu mereka apabila mencipta peluang gol kepada Ollie Watkins pada minit ke 72 dan 75 , menjadikan 3 – 0 sehingga tamat permainan.

Dengan keputusan itu , Aston Villa telah naik ke tangga ke enam , manakala Arsenal berada di kedudukan 11 dan perlawanan Liga Premier ditangguhkan bagi memberikan laluan perlawanan antarabangsa selama dua minggu.

 

 

 

Kongsi artikel ini