Zinedine Zidane telah menunjukkan kualiti yang dimiliki oleh skuadnya setelah berjaya menundukkan pasukan Atletico Madrid 2-0 awal pagi tadi.
Seawal minit ke enam Real Madrid telah membuat percubaan ke arah pintu gol oleh Luca Modric tetapi sepakannya jauh tersasar dari gawang gol.
Penyerang veteran Real Madrid , Karim Benzema juga mendapat peluang untuk membuka akaun gol apabila dapat merembat bola tetapi ia dapat ditepis oleh Jan Oblak dan terkena tiang serta terselamat pintu gol Atletico Madrid.
Pemain midfielder Los Blancos , Casemiro membuka tirai jaringan apabila dapat menyambar bola menerusi tandukan setelah mendapat peluang itu dari sepakan sudut yang diambil Toni Kroos pada minit ke 16 menjadikan kedudukan 1-0.
Casemiro has scored both of Real Madrid's last two goals at home.
He nods Real ahead in the Madrid Derby. pic.twitter.com/dDdo0UMJeG
— Squawka Football (@Squawka) December 12, 2020
Atletico Madrid tidak mudah menyerah kalah dan cuba melakukan serangan bersama dengan Luis Suarez dan Joao Felix untuk menyamakan kedudukan namun hampa sehingga tamat pada separuh masa pertama.
⚠️ | QUICK STAT
Atlético Madrid have conceded two goals in a LaLiga match for the first time since 30 Jun against Barcelona (2:2).
They conceded as many goals in 63 minutes tonight against Real Madrid as they did in the first 10 league matches of the season.#RealMadridAtleti pic.twitter.com/ggeZWC5B2q
— SofaScore (@SofaScoreINT) December 12, 2020
Diego Simeone melakukan percaturan radikal apabila membawa tiga pertukaran sekaligus dengan memasukkan Thomas Lemar , Angel Correa dan Renan Lodi pada separuh masa kedua. Perubahan taktikal ini untuk mendesak bahagian serangan Atletico Madrid untuk mendapatkan gol yang pertama.
Tetapi Thomas Lemar menghampakan jurulatihnya apabila percubaannya cuma menerjah jaring luar gawang gol walaupun hanya berhadapan dengan Thibaut Courtois setelah menerima umpanan cantik dari hantaran lintang Yannick Carrasco. Ia sepatutnya menjadi gol semangat untuk skuad Atleti itu.
Diego Simeone tidak berpuas hati dengan prestasi Joao Felix di atas padang dan jurulatih itu menggantikannya dengan Saul Niguez pada minit ke 59.
Dalam Atletico Madrid cuba mengatur serangan sambil menahan benteng dari dibolosi , nasib tidak menyebelahi penjaga golnya Oblak apabila percubaan Dani Cavarhal dari luar kotak penalti gagal diselamatkan olehnya kerana terkena badan penjaga gol itu lalu bola masuk ke gawang menjadikan Real Madrid di kedudukan selesa 2-0.
Real Madrid cuba menggandakan asakan bagi memperolehi gol ketiga untuk Real Madrid. Peluang itu diperolehi oleh Lucas menerusi percubaan jarak dekat tetapi Oblak telah menyelamatkan gawangnya sekali lagi.
Dengan kekalahan itu , maka rekod tanpa kalah skuad Diego Simeone telah dicalarkan oleh Real Madrid di La Liga sekali lagi selepas Zinadine Zidane menewaskan Atletico Madrid pada 01 Februari yang lalu.
01/02/2020: Real 1-0 Atlético
𝗔𝘁𝗹𝗲𝘁𝗶 𝗴𝗼 𝗼𝗻 𝗮 𝗰𝗹𝘂𝗯-𝗿𝗲𝗰𝗼𝗿𝗱 𝟮𝟲-𝗴𝗮𝗺𝗲 𝘂𝗻𝗯𝗲𝗮𝘁𝗲𝗻 𝗿𝘂𝗻 𝗶𝗻 𝗟𝗮𝗟𝗶𝗴𝗮
12/12/2020: Real 2-0 Atlético
All good things must come to an end… pic.twitter.com/j4ICQhaNb8
— William Hill (@WilliamHill) December 12, 2020