Perlawanan Boxing Day dimulakan diantara Leicester City yang menjadi tuan rumah kepada pasukan lawan Manchester United di King Power Stadium.
Setan Merah meletakkan Edinson Cavani dan Paul Pogba di bangku simpanan oleh pengurusnya Ole Gunnar Soklsjaer dan terus meletakkan kepercayaan kepada Marcus Rashford dan Anthony Martial di bahagian depan.
Anak buah Brendan Rodgers sedar akan prestasi kelab yang berpengkalan di Old Trafford dengan rekod cemerlang 10 kemenangan di tempat lawan.
Pada separuh masa pertama , penyerang veteran James Vardy gagal membuka akaun gol untuk Leicester City terlebih dahulu apabila percubaannya tersasar setelah mendapat hantaran lintang daripada James Justin minit ketiga.
Skuad Manchester United yang dapat menyerap asakan dan cuba melakukan serangan balas akhirnya berhasil selepas penyerang muda England Marcus Rashford berjaya menewaskan Kasper Schmeichel dengan sepakan kaki kanan ke penjuru gawang gol Leicester City pada minit ke 23 dengan bantuan dari pemain tengah yang cemerlang Bruno Fernandes.
β United Zone Clips (@unitedclip) December 26, 2020
Bruno Fernandes telah mencipta rekod dengan terlibat 28 perlawanan dengan 17 gol dan 13 bantuan gol dalam Liga Perdana Inggeris.
Bruno Fernandes has now been directly involved in 30 Premier League goals since his Man Utd debut in February:
π 28 games
β½οΈ 17 goals
π― 13 assistsMore than any other player in the division. πβββ#LEIMUN pic.twitter.com/CadBSvgVQc
β William Hill (@WilliamHill) December 26, 2020
Bruno juga menjadi pemain Portugal yang telah menjaringkan 10 gol dalam EPL selepas era Cristiano Ronaldo.
Bruno Fernandes is the first Portuguese player to score 10 goals in a Premier League season since Cristiano Ronaldo π΅πΉ pic.twitter.com/6QtC2bmL0t
β Goal (@goal) December 26, 2020
Tidak sampai 10 minit jaringan yang dilakukan oleh Rashford , Leicester City telah menyamakan kedudukan 1-1. Gol daripada Harvey Barnes yang melakukan jaringan tersebut pada minit ke 31 di luar kotak penalti setelah mendapat hantaran daripada James Maddinson hasil kesilapan sendiri oleh Bruno Fernandes.
"Someone who was a constant thorn in the side of Manchester United was Harvey Barnes, who also got on the scoresheet." π¦
β @Gerry_Taggart's Man of the Match π pic.twitter.com/vyNSPol9Wl
β Leicester City (@LCFC) December 26, 2020
Kedudukan seri itu di bawa sehingga tamat wisel separuh pertama.
Pada separuh masa kedua , Paul Pogba menggantikan Daniel James pada minit ke 56 bagi menambahkan sengat bahagian tengah dan rangkaian serangan.
Marcus Rashford gagal memanfaatkan peluang yang terhidang setelah berhadapan dengan Kasper apabila cuma berhadapan satu lawan satu setelah pemjaga gol itu dapat menepis percubaan daripada Rashford.
Sehinggalah Cavani yang masuk menggantikan Martial tidak menunggu lama untuk memberikan peluang dengan membuat hantaran terus ke kaki Bruno Fernandes dan membolosi gawang gol The Fox itu pada minit ke 79.
75': Edinson Cavani comes on
79': Edinson Cavan assists Bruno FernandesOle has a new super sub. π¦ΈββοΈ pic.twitter.com/inBqkqgp8I
β Squawka News (@SquawkaNews) December 26, 2020
Manchester United sepatutnya bertahan untuk 10 minit lagi tetapi ia tidak berjaya setelah kesilapan pemain pertahanan Axel Tuanzebe yang telah menjaringkan gol sendiri.
After review, the Goal Accreditation Panel have credited Leicesterβs second goal as an Axel Tuanzebe own goal#LEIMUN https://t.co/8qe1Ik3VsM
β Premier League (@premierleague) December 26, 2020
Ini menyebabkan Manchester United terpaksa menggigit jari setelah sekadar seri dengan Leicester City dan berada ditangga ketiga di bawah Liverpool dan Leicester City tetapi berkelebihan satu perlawanan lagi.
Β
Β
Β