Highlights EPL 2020/21 : Tewaskan Burnley Leeds United Lega

Penyerang Leeds United , Patrick Bamford telah menghadiahkan kemenangan tipis kepada bosnya Marcelo Bielsa ke atas Burnley setelah mendapat sepakan penalti awal minit ke lima di separuh masa pertama di Elland Road stadium sebentar tadi.

Pasukan Leeds United dihadiahkan sepakan penalti itu setelah penjaga gol Burnley , Nick Pope telah menjatuhkan penyerang Inggeris itu semasa cuba menghalang Patrick Bamford daripada membolosi gawang golnya.

Bamford dengan tenang menjaringkan gol penalti itu dan mendahului Burnley 1-0 pada separuh masa pertama beliau telah menjaringkan 10 gol peribadinya dalam EPL.

Anak-anak buah Marcelo Bielsa telah pun tahu betapa pentingnya perlawanan pada hari ini untuk wajib menang ke atas pasukan Burnley di tempat sendiri.

Leed United pada sebelum itu telah membenam pasukan Newcastle United 5-2 sebelum diaibkan dengan kekalahan besar 2-6 kepada skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer Manchester United pada minggu lepas sebelum perayaan Krismas.

Pada minit ke 15 , Leeds hampir memperolehi gol yang kedua tetapi percubaan dari luar kotak penalti oleh Rodrigo dapat di tepis keluar oleh Nick Pope.

Burnley juga mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan tetapi ketangkasan Illan Meslier telah menyelamatkan percubaan tandukan oleh James Tartowski.

Pada separuh masa kedua , tuan rumah cuba mencari gol yang kedua untuk memastikan tiga mata penuh ke atas pasukan Burnley , tetapi ia terpaksa pula bertahan selepas menerima asakan bertalu dari skuad Burnley.

Ashley Barnes mencuba untuk menjaringkan gol setelah mendapat hantaran tandukan daripada Chris Wood tetapi penjaga gol muda Perancis menjadi penyelamat gawang gol Leeds itu.

Keputusan kemenangan 1-0 telah memberikan nafas baru kepada pengurus Leeds United Marcelo Bielsa untuk menghadapi perlawanan yang seterusnya.

Leeds United kini telah mengumpulkan 20 mata dan telah mendaki tangga ke 11 , satu mata di bawah West Ham United pada ketika ini.

 

 

 

Kongsi artikel ini