Arsenal terpaksa menelan kepahitan yang teramat dalam susulan prestasi buruk yang telah ditunjukkan oleh pemain-pemainnya ketika tewas kepada pasukan Burnley yang baru menang sekali sahaja dalam Liga Inggeris sebelum ini.
Pasukan Burnley yang berada di tangga terbawah sekali seharusnya mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Pierre-Emerick Aubameyang yang tidak sengaja tertanduk bola masuk ke gawang gol sendiri semasa Burnley di dalam set-piece mengambil sepakan sudut oleh Ashley Westwood.
1 – Pierre-Emerick Aubameyang’s own goal was the first time Arsenal have conceded via a set-piece this season, becoming the 20th and final team to do so. Glanced. #ARSBUR pic.twitter.com/0Lhtnewhxw
— OptaJoe (@OptaJoe) December 13, 2020
Sebelum itu pemain tengah Arsenal Granit Xhaka telah dilayangkan kad merah setelah mengasari Dwight Mcneil kemudian mencekik pula leher Ashley Westwood dan menolaknya ke tanah.
Tindakan pemain itu mencetuskan pertengkaran kecil kepada kedua pasukan dan pemain Burnley langsung tidak suka akan sikap Ganit Xhaka itu.
Pengadil menarik balik layangan kad kuning kepada Xhaka dan mengeluarkan kad merah kepadanya sejurus menyemak semula insiden tersebut menerusi VAR. Arsenal terpaksa bermain dengan 10 orang sahaja selepas minit ke 56 sehingga tamat masa perlawanan.
Granit Xhaka has now received 40 cards in the Premier League since joining Arsenal:
🟨 37 yellows
🟥 3 redOriol Romeu is the only player with more in total in that time. pic.twitter.com/N8QrLC3f4s
— Squawka Football (@Squawka) December 13, 2020
Granit Xhaka juga mencipta sejarah unik dalam Arsenal sebagai seorang pemain yang tidak mempunyai semangat kesukanan tinggi ketika berhadapan lawan dengan 40 layangan kad termasuk tiga kad merah sepanjang kariernya bersama Arsenal.
Kemenangan yang diraih oleh Burnley ke atas Arsenal adalah satu kejayaan yang menjadi pemangkin semangat kepada skuad kendalian Sean Dyche yang menghuni tangga ke 17 dalam EPL.
Burnley's Premier League record against Arsenal:
DLLLLLLLLLLDW
For the first time in the competition's history, they've won. 🤯#UTC pic.twitter.com/Ny9Bh5Ejjr
— William Hill (@WilliamHill) December 13, 2020
Arsenal sedang mengalami empat kekalahan berturut di laman sendiri dan skuad kendalian Mikel Arteta berada di tangga ke 15 daripada 12 perlawanan itu sekadar memungut 13 mata sahaja.
4 – Arsenal have lost each of their last four Premier League home games, their worst top-flight run on home soil since December 1959, a sequence which also included defeat to Burnley. Lonely. #ARSBUR pic.twitter.com/kOmUXBeY9Z
— OptaJoe (@OptaJoe) December 13, 2020
Ini juga merupakan rekod terburuk yang Arsenal pernah alami apabila Burnley berjaya menewaskan Arsenal di Emirates buat kali pertama dalam sejarah pertemuan kedua-dua kelab ini.
Mikel Arteta seharusnya bertanggungjawab ke atas kekalahan ini dan mesti berbuat sesuatu supaya jawatannya sebagai pengurus masih lagi menjadi hak miliknya.