Tottenham Hotspurs yang menjadi tuan rumah menentang Leicester City telah tewas mengejut 2-0 kepada pasukan Fox itu di Tottenham Hotspurs Stadium pada perlawanan tengah malam tadi.
Tottenham trail by two goals in a Premier League game for the first time this season.
They're in trouble now. pic.twitter.com/uNwSxhTq44
— Squawka Football (@Squawka) December 20, 2020
Skuad kendalian Jose Mourinho telah mengalami kekalahan kedua berturut-turut kepada Liverpool pada minggu lepas yang mengakibatkan mereka kehilangan selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris pada perlawanan yang masuk minggu ke 14.
Spurs menurunkan duo strikernya Harry Kane dan Son-Heung Min di dalam perlawanan berkenaan ternyata pergerakan mereka di rantai ketat oleh pemain skuad kendalian Brendan Rodgers.
Sebaliknya Jamie Vardie yang mengepalai serangan skuad Leicester City nyata tampak ampuh di dalam perlawanan tersebut.
Bagaimananpun Tottenham mempunyai dua peluang terbaik pada lewat permainan setelah sepakan percuma diledakkan oleh Kane berjaya ditepis keluar penjaga gol , Kasper Schmeichel manakala tandukannya hanya sekadar melewati palang gol selepas menerima umpanan cantik menerusi sepakan penjuru Son Heung-min.
Ketika aksi separuh masa pertama hampir tamat, Serger Aurier melakukan kekasaran kepada Wesley Fofana dalam kawasan penalti dan pemain Fox meminta sepakan penalti daripada pengadil ke atas insiden kekasaran itu.
Pengadil Craig Pawson merujuk Video Assistant Referee dan sepakan penalti dibenarkan diambil. Jamie Vardy tidak melepaskan peluang untuk membuka tirai jaringan bagi untuk Leicester City bagi memisahkan kedudukan kedua-dua pasukan.
Spurs 0-1 Leicester HT:
Shots: 3-8
Shots on target: 1-2
Passing accuracy: 79%-85%
Possession: 46%-54% https://t.co/yKPMgHSEw6— Squawka Football (@Squawka) December 20, 2020
Leicester City hampir memperolehi jaringan kedua setelah James Maddison menjaringkan gol hasil umpanan jauh James Justin tetapi dibatalkan kerana berada dalam kedudukan offsaid.
Pada minit ke 59 tandukan Vardy dalam kawasan penalti menebus kekecewaan skuad Brendan Rodgers menerjah gawang gol yang dikawal Hugo Lloris.
Spurs 0-2 Leicester FT:
Shots: 8-17
Shots on target: 3-4 https://t.co/dUzYOXev1o— Squawka Football (@Squawka) December 20, 2020
Harry Kane dan Son meningkatkan intensi permainan Spurs untuk cuba mengejar kedudukan 2-0. Percubaan dari kedua-dua penyerang itu gagal kerana aksi kemas penjaga gol kelahiran Denmark , Kasper Schmeichel.
Penjaga gol Leicester City itu mempertahankan gawang golnya daripada dibolosi berselang 10 minit dengan menggagalkan percubaan Son sekaligus mengecewakan pasukan tuan rumah.
Keputusan itu sekaligus Spurs tergelincir di tangga kelima di bawah Red Devils dan The Fox.