Highlights EPL 2020/21 : Rekod Kebal Anfield Musnah Kerana Penalti Burnley

Satu penalti yang dimiliki oleh skuad skuad kendalian Sean Dyche yang bertandang di Anfield ternyata membuatkan Liverpool bertambah derita selepas mengalami kekalahan mengejut 0-1 dalam aksi saingan liga premier awal pagi tadi.

Kekalahan The Reds di bumi sendiri merupakan yang pertama selepas 68 perlawanan yang berlangsung di Anfield sejak April 2017. Ini merupakan rekod tanpa kalah kedua dalam Liga Perdana Inggeris yang dipegang oleh Liverpool selama tiga tahun 273 hari.

Rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri dalam sejarah EPL ialah pasukan Chelsea yang mempunyai 86 kemenangan berturut di Stamford Bridge sebelum tumbang pada Oktober 2008.

Manakala skuad Burnley semestinya meraikan kemenangan tipis di Anfield kerana ia mengambil masa yang agak panjang untuk menumbangkan skuad gergasi kendalian Jurgen Klopp ini selepas tahun 1974.

Liverpool yang sekadar seri dengan Setan Merah pada empat hari lalu mahukan kemenangan untuk bangkit semula dalam persaingan mahkota kejuaraan tetapi ia mengejutkan peminat The Reds kerana pengendali berbangsa Jerman hanya meletakkan Mohamamed Salah dan Firmino di bangku simpanan terlebih dahulu.

Jentera serangan Liverpool dipacu oleh Origi , Mane dan Shaqiri dalam mencari gol pendahuluan tetapi ia tidak dipersiakan-siakan oleh tiga pemain itu pada awal permainan.

Burnley juga memperolehi peluang membuka akaun gol tetapi sepakan Barnes dapat ditangkap dengan kemas oleh Allison pada minit ke 10.

Rembatan dari luar kotak penalti oleh Shaqiri juga tidak tepat walaupun mempunyai visi untuk meledakkan gol pada gawang yang dikawal oleh Pope. Ketangkasan penjaga gol Burnley itu juga menyelamatkan rembatan daripada Chamberlain.

Sebelum tamat separuh masa pertama , Origi gagal menyudahkan peluang besar ketika cuma berhadapan dengan Pope namun sepakannya terkena palang gol.

Ketangkasan Nick Pope wajar dipuji kerana menyelamakan beberapa percubaan daripada Salah dan Alexander-Arnold sehingga beliau ditabalkan menjadi Man of the Match bagi perlawanan itu.

Sehinggalah tujuh minit sebelum perlawanan tamat , Barnes yang mengasak kubu Liverpool telah dijatuhkan oleh Allison Becker menyebabkan pengadil Mike Dean memberikan hadiah sepakan penalti kepada Burnley.

Penalti itu tidak dipersiakan oleh Ashley Barnes pada minit ke 81. Kemenangan yang amat bermakna buat Burnley kerana menjadi pasukan pertama memecahkan rekod kebal Anfield di mana pasukan lain tidak dapat melakukannya sebelum ini.

Β 

Kongsi artikel ini