Marcus Rashford dan Greenwood menjadi duo striker yang diletakkan oleh Ole Gunnar Solksjaer sebagai peledak gol dalam melawan Manchester City aksi pertemuan derby di Old Trafford sebentar tadi.
Bagaimanapun aksi kedua pasukan seimbang tetapi kebuntuan mencari gol ternyata memberikan satu masalah dan perlawanan menjadi satu permainan yang hambar.
Manchester City meletakkan Gabriel Jesus sebagai penyerang tunggal tetapi beliau juga gagal menghasilkan gol walaupun mempunyai beberapa peluang yang gagal disudahi dengan baik.
2 – Manchester City have failed to score in two consecutive away league games for the first time since January 2017 (2 games). Drab. pic.twitter.com/LeNe4S9B0X
— OptaJoe (@OptaJoe) December 12, 2020
Manchester United yang mahu bangkit memenangi perlawanan ini selepas trauma dengan penyingkiran pasukan mereka dalam Liga Juara Eropah selepas kekalahan dengan RB Leipzig juga gagal mencari gol yang diperlukan.
Kedua-dua pasukan yang bermain seperti tidak mahukan kemenangan mutlak sebenarnya berhati-hati dalam menyusun gerakan serangan.
Pogba , Bruno , Kevin De Bruyne serta Fernandinho berusaha sedaya upaya dalam mencipta peluang kepada rakan sepasukan untuk menjaringkan gol.
Man Utd 0-0 Man City FT:
Shots: 11-9
Shots on target: 2-2
Passing accuracy: 85%-87%
Possession: 46%-54% https://t.co/iqTJF5pk7v— Squawka Football (@Squawka) December 12, 2020
Pogba yang beraksi di sebelah sayap kiri mencipta dua peluang gol kepada kedua penyerang Red Devils , namun ia tidak memberikan apa-apa faedah bagi United.
Kegagalan Greenwood dan Rashford ternyata Ole memerlukan penyerang yang boleh menjaringkan gol pada setiap perlawanan tanpa mengharapkan penalti atau pun dari Bruno Fernandes.
Martial yang menggantikan Greenwood pada minit ke 75 juga tidak dapat membantu Setan Merah dalam usaha mendapatkan kemenangan seterusnya melonjakkan pasukan ke tangga yang lebih tinggi.
Kini Manchester United yang berkongsi mata dengan City berada di tangga ke tujuh manakala skuad Pep Guardiola di tangga ke lapan.
3 – Manchester United have failed to score in three home league games this season, one more than in the whole of the 2019-20 campaign at Old Trafford. Nightmare. pic.twitter.com/RfJbgJa5a3
— OptaJoe (@OptaJoe) December 12, 2020