Manchester United terus mengekalkan kedudukan di posisi nombor satu dalam liga Premier Inggeris setelah mencatat keputusan seri 0-0 di Anfield awal pagi tadi.
Pertembungan di antara dua pasukan bandar Merseyside ini telah menjadi tumpuan penyokong seluruh dunia dalam perlawanan berkenaan namun ia bukanlah satu keputusan yang diinginkan oleh kedua belah peminat kelab.
Tetapi bagi skuad anak buah Ole Gunnar Solksjaer , mereka telah menunjukkan kualiti permainan yang baik terutama empat bek pertahanan di ketuai oleh Harry Maguire yang dapat menyerap asakan penyerang The Reds.
Harry Maguire won 100% of his duels (5/5) and won 100% of his aerial duels (2/2) against Liverpool.
He also made more blocks (5) and more interceptions than any other United player. 💪 pic.twitter.com/vZMXU41Pmp
— Squawka Football (@Squawka) January 17, 2021
Pengurus Red Devils dengan berani mengambil risiko menyenaraikan semula Victor Lindelof sebagai gandingan pertahanan tengah bersama Maguire sekaligus Eric Bailly hanya berada di bangku simpanan terlebih dahulu bersama penyerang veteran Uruguay , Edinson Cavani.
Victor Lindelöf made 10 clearances against Liverpool, the most by any United player in a Premier League game this season.
And he's rewarded with a clean sheet for his efforts. pic.twitter.com/AgOwnQoiYY
— Squawka Football (@Squawka) January 17, 2021
Bagaimanapun pemain kebangsaan Sweeden ini telah menunjukkan kualiti permainan yang baik walaupun telah lama tidak diturunkan dalam perlawanan sebelum ini akibat kecederaan yang dialami olehnya.
Skuad Jurgen Klopp yang terpaksa menukar posisi kapten pasukannya , Jordan Henderson bergandingan dengan Fabinho di bahagian pertahanan mempamerkan asakan yang jitu yang terdiri daripada tiga penyerang rangkaiannya Firmino , Salah dan Mane tetapi ternyata mereka buntu untuk mendapatkan jaringan bagi mengutip mata penuh untuk Liverpool.
Liverpool have had 10 shots on target in their last four games in the Premier League out of a total of 62 shots.
Drawing blanks. 😬 pic.twitter.com/N05aT2xumQ
— Squawka Football (@Squawka) January 17, 2021
Ketidaktajaman bahagian serangan Liverpool ini menjadi kebimbangan kepada jurulatihnya Jurgen Klopp selepas empat perlawanan yang masih lagi buntu memperolehi kemenangan seterusnya. Ini adalah perlawanan ke 200 untuk jurulatih berbangsa Jerman ini dalam Liga Perdana Inggeris.
📊 Liverpool
❌ 4+ games without a PL win for only the 2nd time under Jurgen Klopp – had a 5 game run in Jan-Feb 2017
❌ 3 games without a PL goal for the 1st time since Feb-Mar 2005 pic.twitter.com/dZpf70XeXw— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) January 17, 2021
200 – This will be Liverpool manager Jürgen Klopp’s 200th @premierleague game in charge – he’s won 127 of his 199 games so far, with only José Mourinho winning more of his first 200 in the competition’s history (137). Occasion. #LIVMNU pic.twitter.com/znns4DI7nD
— OptaJoe (@OptaJoe) January 17, 2021
Menurut Jurgen Klopp yang bercakap dengan wartawan selepas tamat perlawanan berkenaan , beliau berkata :-
” Secara asasnya tiada yang berbeza (bagi pasukan Liverpool) , cuma hasilnya berbeza. Kami mencuba , dapat menjaringkan gol atau kami mencuba tidak dapat menjaringkan gol itulah perbezaan yang besar secara jujurnya.
“Kami tidak perlu bimbang tetapi jelas kami mengusahakannya (menjaringkan gol). Bukannya kita mengabaikan fakta dan hanya berharap ia akan kembali baik.
“Satu-satunya kemungkinan pemain harus menjaringkan gol ialah berada pada satu situasi dan bersedia untuk gagal dan kemudian melakukannya lagi.
“Itu adalah perbezaan besar ketika pemain dapat menjaringkan gol dengan hampir setiap peluang yang dimiliki. Pemain saya ada peluang lebih baik tetapi terlepas. Itulah perbezaannya , tidak ada yang lain.”
“Saya melihat pasukan saya bermain malam ini sangat bagus mempunyai idea yang jelas dengan hantaran tepat , menekan pasukan yang lawan , keinginan yang baik untuk menjaringkan gol tetapi kami tidak berjaya.
“Kami akan mencipta peluang dan kami akan menjaringkan gol.”ujar jurulatih tersebut yang masih boleh memuji aksi pemain-pemainnya.
Liverpool tergelincir di tangga keempat selepas Manchester City naik di tangga ketiga setelah berjaya menewaskan Crystal Palace manakala di tangga kedua ialah Leicester City yang menumpaskan Southamptom pada awal pagi Ahad yang lalu.