Highlights EPL 2020/21 : Man. United 1 Wolverhampton Wonderes 0

Skuad Ole Gunnar Solksjaer akan meraikan tahun baru 2021 di kedudukan kedua Liga Premier Inggeris selepas menewaskan pasukan Wolves dengan gol kemenangan oleh penyerang sensasi Marcus Rashford di lewat masa permainan di Old Trafford awal pagi tadi.

Pengurus yang berasal dari Norway ini telah membuat enam pertukaran daripada kesebelasan utama ketika Red Devils seri 2-2 dengan Leicester City empat hari yang lalu.

Manchester United meraikan kemenangan besar ketika sambutan Hari Natal dengan menewaskan Leeds United 6-2 di Old Trafford sebelum ini tampak sukar untuk menguasai perlawanan berhadapan dengan barisan pemain Wolves yang dapat mengimbangi permainan tersebut.

Faktor bermain dalam cuaca yang sejuk dingin menyebabkan kedua-dua belah pasukan tidak menunjukkan permainan yang menghiburkan. Ia adalah malam yang mengecewakan bagi Red Devils tetapi pemain mempunyai sikap yang tidak berputus asa sehinggalah Marcus Rashford menjaringkan gol pada minit ke 90 + 3 telah menceriakan kem mereka.

Pemain Setan Merah menikmati rehat 24 jam lebih banyak berbanding daripada Wolves yang telah bermain pada hari Ahad lalu dengan keputusan seri 1-1 dengan Spurs. Midlanders hanya membuat empat pertukaran pemain dari kesebelasan utama yang bermula di Molineux tetapi membuat permulaan pada separuh masa pertama lebih garang daripada United di depan gawang.

Pada 15 minit pertama , penjaga gol utama David de Gea telah menyelamatkan tiga percubaan daripada pasukan lawan iaitu Pedro Nito , Vitinha dan Ruben Neves. Sepakan percuma daripada pertahanan Roben Saiss turut menggegarkan palang gol United.

Manchester United mendapat peluang terbaik melalui pemain midfielder terbaiknya Bruno Fernandes ketika mendapat umpanan daripada hantaran silang Mason Greenwood tetapi percubannya dapat diselamatkan oleh penjaga gol nombor satu Portugal Rui Patricio dari jarak dekat.

David De Gea sekali lagi menunjukkan kualiti sebagai penjaga gol terbaik di dunia dengan menyelamatkan percubaan sepakan percuma Pedro Neto yang sempat dikuis oleh Saiss yang hampir menerjah gawang gol sebelum tamat separuh masa pertama.

Solksjaer membuat pertukaran pertama dengan memasukkan Luke Shaw yang menggantikan Alex Telles pada separuh masa kedua dan memasukkan Anthony Martial selepas minit ke 64 yang menggantikan Mason Greenwood untuk menambahkan dimensi serangan Manchester United ke atas pasukan pelawat.

Edison Cavani yang mencari gol pertamanya di Old Trafford tetapi tandukannya yang telah menewaskan Rui Patricio telah dibatalkan oleh pengadil kerana berada di kedudukan offside yang telah disahkan oleh VAR.

Pada 25 minit terakhir , anak-anak buah Ole telah menguasai permainan dengan percubaan Paul Pogba melepaskan rembatannya tetapi dapat diselamatkan oleh Rui Patricio.

Sehinggalah pengadil menambah masa kecederaan lima minit dan Rashford menceriakan kem Setan Merah dengan pungutan tiga mata setelah jaringannya mengesahkan kemenangan Manchester United.

 

 

Kongsi artikel ini