Aksi bersahaja Liverpool menewaskan Wolverhampton Wanderes 4-0 di stadium gah Anfield ternyata menggembirakan para penyokong The Reds yang sangat gembira apatah lagi dapat hadir stadium untuk menonton aksi luar biasa pasukan mereka setelah lama tidak mengambil angin Anfield akibat wabak Covid-19
Liverpool ternyata berada di kelasnya yang tersendiri apabila berjaya mengekalkan rekod kemenangan bersih di stadium sendiri dengan 65 kemenangan sejak April 2017.
31 – Liverpool have won 31 of their last 32 home league games (D1), scoring 93 goals while conceding just 25 in this time. Madness. pic.twitter.com/fkkXFqLhv2
— OptaJoe (@OptaJoe) December 6, 2020
Pasukan kerdil Wolves memang bukan tandingan untuk juara Liga Kejuaraan Eropah 2018 dan juara Liga Premier Inggeris 2019/2020 walaupun mempunyai ramai pemain dari negara Portugal ternyata terpaksa menelan kepahitan tewas empat gol tanpa balas.
Mohammad Salah turut menjaringkan satu gol dalam perlawanan itu telah memecahkan rekod jaringan paling banyak dilakukan di Premier League semenjak beliau menyertai Liverpool pada tahun 2017. Salah telah memecahkan rekod Carlos Tevez dan Cristiano Ronaldo dengan 85 jaringan gol mengatasi dua lagenda di atas dengan 84 gol sahaja.
Players with 84 Premier League goals:
🇪🇬 Mohamed Salah
🇵🇹 Cristiano Ronaldo
🇦🇷 Carlos TevezThe trio on 85 aren't bad either. 🔜 https://t.co/pmdVgMjiAG
— Squawka Football (@Squawka) December 6, 2020
Wolves terlebih dahulu membuatkan Liverpool terasa tergugat apabila percubaan Daniel Podence hampir mendapatkan gol namun dapat di selamatkan oleh Kelleher. Akhirnya gawang Wolves dibolosi setelah Salah bijak mengambil peluang daripada kesilapan Conor Coady yang gagal mengawal bola menggunakan dadanya yang menjadi bantuan gol kepada Salah untuk jaringan pertama Liverpool.
Masuk pada babak kedua , Sadio Mane juga hampir menjaringkan gol apabila mendapat hantaran daripada Henderson tetapi dapat di selamatkan oleh Rui Patricio. Kecemerlangan Jordan Henderson sekali lagi menjadi nadi kepada Liverpool setelah menghantar bola lambung kepada Wijnaldum dan sepakannya di luar kotak penalti menuju ke hujung kiri pintu gol menewaskan penjaga gol Wolves minit ke 58.
Georginio Wijnaldum misplaced just one pass against Wolves:
◎ 42 attempted
◉ 41 completedAnd he capped it off with a beautiful goal. 🤤 pic.twitter.com/klq7LOK8KS
— Squawka Football (@Squawka) December 6, 2020
Joel Matip juga tidak mahu ketinggalan untuk menggembirakan para penyokong yang berada di stadium dengan memberikan gol menerusi tandukan apabila mendapat hantaran oleh Mohammad Salah.
Liverpool menutup akaun gol di perlawanan itu setelah Nelson Semedo menjaringkan gol sendiri semasa beliau cuba mencabar Sadio Mane di kotak penalti Wolves minit ke 78.
Kemenangan itu mengekalkan rekod bersih tuan rumah Liverpool di Anfield tanpa sebarang kekalahan dan ia pasti akan dicemburui oleh pasukan lawan mereka seperti Manchester United , Arsenal dan Manchester City.