Highlights EPL 2020/21 : Liverpool Cabar Pendahulu Liga Inggeris Semula

Kunjungan skuad Jurgen Klopp ke London Stadium meneruskan rentak kemenangan mereka dengan menewaskan tuan rumah West Ham 1-3 awal pagi tadi setelah penyerang utama Mohamed Salah menjaringkan dua gol dan sumbangan satu gol lagi oleh Giorginio Wijnaldum.

Kemenangan kedua yang amat bergaya ini melonjakkan The Reds ke tangga ketiga dalam liga premier yang memisahkan satu mata di belakang pasukan Manchester United dan empat mata oleh pendahulu liga Manchester City.

Penyerang kebangsaan Mesir itu telah mendapatkan sentuhan terbaiknya semula apabila telah menjaringkan salah satu gol yang berkelas dunia tetapi pemain itu terpaksa menunggu pada separuh masa kedua untuk menjaringkan gol.

Kini Mohamed Salah telah melepasi 20 gol pada musim 2020/21 dalam kesemua kejohanan yang telah dipertandingkan dan dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain ini akan terus kekal konsisten sehingga ke penghabisan musim.

Kemenangan Liverpool ini juga mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan pertama yang menewaskan kelab yang berpengkalan di London iaitu Chelsea , Tottenham Hotspur , Crystal Palace dan West Ham United pada musim ini.

The Reds yang menewaskan Spurs minggu lalu menguasai sebahagian besar perlawanan berbanding skuad David Moyes di separuh masa pertama namun deretan peluang untuk menjaringkan gol dilepaskan oleh penyerangnya Origi.

Terlebih  dahulu The Hammers juga berjaya membuatkan benteng pertahanan Liverpool bekerja keras untuk menggagalkan percubaan gol yang dikepalai oleh Henderson dan mereka mampu menyerap asakan daripada tuan rumah.

Gol pertama dihasilkan oleh Liverpool di dalam kotak penalti pasukan lawan apabila Salah berjaya mengacah dua pemain yang cuba mengasaknya sebelum melencongkan bola ke pintu kiri gol menewaskan Fabianski minit 57.

Tidak sampai 10 minit gol pertama itu , West Ham dikejutkan serangan balas yang pantas oleh Liverpool. Bermula dari gerakan bawah ysetelah sepakan sudut West Ham dapat dipintas dari kotak penalti , Alexander-Arnold menyepak jauh bola kepada Shaqiri dan pemain itu berjaya mengawal dengan baik sebelum menghantar bola ke Salah yang telah bersedia menerima bola itu di depan gol dan membuat sentuhan klasik menewaskan Fabianski sekali lagi.

Teknik menjaringkan gol itu ternyata amat menggembirakan Jurgen Klopp dan staff kejurulatihannya seperti seakan tidak percaya kemahiran yang ditunjukkan oleh Salah.

Jentera serangan Liverpool mempamerkan kerjasama yang tajam sekali lagi dengan kemasukan Firmino yang menggantikan Origi apabila pemain gantian itu berjaya membuat bantuan gol kepada Wijnaldum pada minit ke 84.

West Ham United tidak berputus asa dan akhirnya berjaya merobek gol Alisson menerusi Craig Dawson menerusi sepakan percuma tiga minit sebelum perlawanan tamat.

Bagaimanapun West Ham United masih kekal di tangga kelima dengan 35 mata di bawah Leicester City yang kalah kepada Leed United 3-1.

 

 

 

Kongsi artikel ini