Arsenal mesti memperbaiki keadaan yang dihadapi oleh mereka untuk memastikan The Gunners terus berada dalam landasan yang sebenar sekiranya mahu kekal di dalam Liga Perdana Inggeris.
Kekalahan kepada Tottenham Hotspurs 2-0 di tempat lawan harus menjadikan satu pengajaran khasnya kepada Mikel Arteta pengurus Arsenal yang baru setahun dilantik oleh Lembaga Pengarah The Gunners.
When will Arsenal learn?! π©
The pressure is growing on Mikel Arteta.
Report from #TOTARS π
β Goal News (@GoalNews) December 6, 2020
Arsenal telah mengalami kekalahan yang ke enam dalam musim ini dan terjerumus ke tangga 15 dengan memungut 13 mata sahaja. Kekalahan ini adalah kekalahan yang ke tiga berturut selepas menggapai kemenangan kali terakhir ketika menewaskan Manchester United sebulan yang lalu.
Arsenal's Premier League results this season:
β Fulham (a) 3-0
β West Ham (h) 2-1
β Liverpool (a) 1-3
β Sheffield Utd (h) 2-1
β Man City (a) 0-1
β Leicester (h) 0-1
β Man Utd (a) 1-0
β Aston Villa (h) 0-3
β Leeds (a) 0-0
β Wolves (h) 1-2
β Tottenham (a) 0-2π©π©π©
β Goal (@goal) December 7, 2020
Spurs membariskan kesebelasan terbaik mereka termasuk gandingan Harry Kane dan Son Heung Min seperti dijangka akan menghasilkan gol. Pada minit ke 13 Son yang mendapat bola daripada Kane di tengah padang terus melarikan bola ke arah pintu gol Arsenal sebelum melencongkan bola dari luar kotak penalti jarak 25 meter ke sebelah kanan gol menewaskan Bernd Leno.
Gol itu merupakan βtrademarkβ kepada SuperSon yang sering menjaringkan gol dengan cara sedemikian melarikan bola dan seterusnya menyelesaikannya.
Arsenal juga melancarkan serangan dan sering membayangi pertahanan Spurs tetapi ketumpulan barisan penyerang menjadi masalah kepada The Gunners pada masa ini.
EPL Highlights: Tottenham 2 β 0 Arsenal
Goals by Son Heung-Min and Harry Kane downs the Gunners to keep Spurs at the top of the table.#TOTARS #PremierLeague #StadiumAstro pic.twitter.com/eV85JlQwSk
β Stadium Astro π· (@stadiumastro) December 6, 2020
Sebelum separuh masa pertama tamat , Arsenal cuba mencari gol tetapi gagal mencari penyudahnya dan Β Spurs mendapatkan bola Β terus melakukan serangan pantas sehingga Harry Kane berjaya menyumbat gol kedua pada minit ke 45+1. Dengan gol yang dijaringkan ini menjadikan Harry Kane menjadi penjaring terbanyak dalam pertemuan semua pertandingan dengan perseteruan Arsenal (North London Derbies)
11 β Harry Kane is now the outright top scorer in North London derbies in all competitions with 11 goals. Superman. pic.twitter.com/9GkqQcIOXR
β OptaJoe (@OptaJoe) December 6, 2020
Di separuh masa kedua Arsenal dapat menguasai perlawanan berbanding skuad Jose Mourinho. Beberapa percubaan berjaya dilakukan oleh kedua-dua penyerang seperti Aubumeyang dan Lacazette tetapi mereka gagal menghasilkan sebarang gol.
Spurs-Arsenal first-half stats:
β Shots: 5-4
β Shots on target: 3-0
β Goals: 2-0Spurs-Arsenal second-half stats:
β Shots: 1-7
β Shots on target: 0-2
β Goals: 0-0FT: Spurs 2-0 Arsenal. #NLD https://t.co/X18ILNMDAh
β Squawka Football (@Squawka) December 6, 2020
Mikel Arteta harus mencari jalan bagaimana mahu menyelesaikan ketumpulan barisan penyerangnya seperti Aubumeyang dan Lacazette kerana ini adalah punca Arsenal gagal untuk menjelmakan rentak kemenangan seperti yang dimahukan oleh para penyokongnya.
Pierre-Emerick Aubameyang did not produce a shot on target, create a chance or complete a take-on against Spurs.
Of all 22 players that started the game, he had the fewest touches (21). π¬ pic.twitter.com/GfHQ1BkZju
β Squawka Football (@Squawka) December 6, 2020
Kini Spurs terus menerajui carta Liga Inggeris dengan 24 mata bersama Liverpool yang mudah menewaskan pasukan Wolves 4-0 tetapi mempunya kelebihan jaringan gol berbanding The Reds.
Β
Β
Β
Β
Β
Β
Β