Highlights EPL 2020/21 : Gol Ini Didedikasikan Untuk Allison dan Keluarganya – Curtin Jones

Liverpool melalui tempoh yang sukar dalam beberapa minggu ini khusus kepada jurulatih dan para pemainnya.

Empat kekalahan dalam liga Inggeris dan ditambah pula pemergian individu yang dicintai iaitu bonda Jurgen Klopp sehingga tidak dapat pulang ke Jerman kerana larangan rentas negara awal bulan lalu membuatkan kem The Reds seperti kurang mempunyai motivasi dan semangat.

Terbaharu , penjaga gol Allison Backer mendapat khabar buruk dari Brazil bahawa ayahnya meninggal dunia kerana lemas ketika berenang di kolam kediaman peribadinya tiga hari sebelum perlawanan menentang Sheffield United.

Pada awal pagi tadi Liverpool turun ke Bramall Lane dan Curtis Jones mendedikasikan golnya untuk Alisson dan keluarga Becker.

Alisson tiada dalam kesebelasan utama ketika Liverpool mencatatkan kemenangan 2-0 kerana atas sifat keprihatinan pengurusan kelab dengan memberikan cuti untuk tempoh bertenang kepada beliau setelah kematian ayahnya yang tragis itu.

Jones yang memberikan gol pembukaan di Bramall Lane memberitahu Sky Sports , ” Saya rasa ini adalah masa yang sukar bagi saya dan seluruh pasukan tetapi saya gembira kerana saya dapat menjaringkan gol dan saya mendedikasikan gol ini Allison ayah dan keluarganya. Semoga dia berehat dengan tenang dan jika Ali melihat kenyataan ini , ini untuk kamu bro.”

“Dia anak yang kuat. Dia adalah sebahagian besar pasukan. Walaupun  dia tidak ada di sini hari ini tetapi kita pasti merindukannya.”

Dan Allison telah membalas ciapan Jones di platform twitternya dengan rasa sungguh terharu.

Jones membuka tirai gol pertama selepas tiga minit perlawanan separuh masa kedua selepas penjaga gol Blades, Aaron Ramsdale telah menafikan lima percubaan yang mengagumkan untuk mengecewakan The Reds pada separuh masa pertama.

Sadio Mane berjaya menjaringkan gol pada minit ke 56 tetapi ia dibatalkan kerana pemain itu dalam keadaan offside dan The Reds terpaksa menunggu minit ke 65 apabila Kean Bryan menjaringkan gol sendiri apabila percubaan Roberto Firmino terbias pada kaki pertahanan tersebut.

“Keseluruhannya adalah prestasi pasukan yang baik dan saya gembira kerana kami berjaya merangkul tiga mata. Kami pergi lagi.” tambah Jones.

“Kami mempunyai permainan yang bagus tetapi kami belum menjaringkan gol sebanyak yang kami mahukan. Tetapi hari ini adalah contoh yang baik untuk kita menyatukan semuanya. Ia adalah persembahan yang baik, saya gembira kerana saya telah menjaringkan gol dan saya gembira untuk seluruh pasukan.”

Kemenangan Liverpool ini menyaksikan skuad Jurgen Klopp masih kekal di tangga keenam dengan kutipan 43 mata di belakang Chelsea.

 

 

Kongsi artikel ini