Highlights EPL 2020/21 : Gol Anthony Martial Dan Bruno Fernandes Ikat Liverpool Sebagai Pendahulu Liga

Pasukan Manchester United melangkah kaki kanan apabila menyambut tahun baru 2021 dengan kemenangan 2-1 menewaskan Aston Villa di Old Trafford lewat pagi tadi.

Gol penalti oleh Bruno Fernandes telah memadamkan gol Bertrand Traore pada minit ke 58 selepas pemain tersebut menjaringkan gol penyamaan untuk skuad Dean Smith ketika Red Devils telah mendahului 1-0 , hasil jaringan penyerang Perancis Anthony Martial di babak separuh masa pertama.

Solksjaer yang menurunkan Paul Pogba untuk berganding dengan Fred dan Bruno Fernandes telah menunjukkan permainan yang mantap apabila beliau membina rantaian serangan untuk menghasilkan gol oleh Martial setelah menerima umpanan dari Aaron Wan Bissaka pada minit ke 40 menewaskan Martinez.

Namun Aston Villa tidak berputus asa mengasak kubu yang dikepalai oleh Maguire dan Bailly. Gol yang dicari akhirnya berjaya diledakkan oleh Traore setelah menerima umpanan dari kaptennya Jack Grealish yang menyamakan kedudukan selepas itu.

Bagaimanapun , tidak sampai tiga minit gol itu Red Devils berjaya memperolehi sepakan penalti. Ia berpunca daripada kesilapan pemain pertahanan yang menjatuhkan Paul Pogba yang cuba memecahkan pertahanan Aston Villa di kawasan kotak penalti. Ini disahkan oleh Video Assistant Rafferee (VAR) dan seperti amalan biasa , Bruno ditugaskan mengambil sepakan penalti tersebut dan berjaya menewaskan Martinez sekaligus memberikan tiga mata penuh kepada skuadnya.

Bruno kini berada dikemuncak prestasi sebagai seorang pemain tengah yang terbaik di EPL pada tahun 2020 dengan statistik yang sangat membanggakan.

Kini para penyokong seluruh dunia Setan Merah begitu gembira dengan persembahan anak buah OGS pada perlawanan pertama tahun baru ini.

Paul Pogba telah bangkit daripada kontroversi yang amat memalukan pada tahun lepas dan kini beliau fokus di atas padang dan enggan perkara itu berulang ke atas dirinya lagi.

Manakala pertahanan Eric Bailly tidak diragui akan prestasinya setelah berjaya mengekang asakan pemain Aston Villa untuk mencari gol.

Bagi Anthony Martial beliau seperti telah mendapat sentuhan semula prestasinya sebagai mesin gol untuk permulaan 2021 ini.

United kini di puncak liga bersama Liverpool setelah sekian lama tidak dapat melakukannya selepas era Sir Alex Ferguson tahun 2013.

Skuad Jurgen Klopp akan memulakan perlawanan pertamanya tahun baru pada 05 Januari , Selasa bertemu dengan Southampton di tempat lawan.

 

 

 

 

Kongsi artikel ini