Highlights EPL 2020/21 : Crystal Palace Ikat Tottenham Hotspurs

Jeffrey Schlup membawa skuad Roy Hodgson terpaksa berpuas hati selepas berhempas pulas menyaingi penguasaan perlawanan untuk seri 1-1 dengan Spurs.

Gol lewat itu hadir pada minit ke 82 selepas penjaga gol Spurs Hugo Illoris membuat kesilapan ketika menyelamatkan percubaan Eberechi Eze. Bola itu gagal dikawal kemas dan singgah di kaki Schulp lalu menyepaknya terus ke gawang gol.

Ini adalah perlawanan pertama Crystal Palace dengan Tottenham Hotspurs selepas kali terakhir bertemu di Liga Perdana Inggeris pada tahun 2015.

Terlebih dahulu kapten England , Harry Kane menjaringkan gol pada minit ke 23 dari jarak 35 kaki dan ia merupakan gol yang ke sembilan untuk dirinya di EPL.

Skuad Crystal Palace seharusnya mengucapkan terima kasih kepada penjaga golnya Vicenta Guita kerana berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya dari pemain-pemain Spurs dari dibolosi gol.

Penjaga gol yang berasal dari Sepanyol itu menafikan percubaan dari Tanguy Ndombele , Sergio Reguilon dan Harry Kane sebelum Kane membuat percubaan di luar kotak penalti dan bolos juga apabila Guita gagal membaca pergerakan bola itu.

Jose Mourinho mungkin berasa kecewa dengan kekentalan penjaga gol Sepanyol mengawal gawangnya dengan cemerlang dan membuatkan Spurs terpaksa berkongsi satu mata sahaja pada kali ini.

Ini bermakna sekiranya Liverpool memang dalam aksi menentang Fulham , The Reds pula yang akan memimpin tangga pertama dalam EPL.

Namun , keunggulan duo penyerang berbisa Kane dan Son tidak boleh dipertikaikan lagi. Ini kerana mereka terlibat dalam penghasilan jaringan yang di lakukannya.

Kedua-dua pemain ini seolah-olah mempunyai telepati untuk mencipta peluang jaringan gol di antara satu sama lain.

Kini skuad Roy Hodgson berada di tangga ke 11 dengan lima kemenangan dan 17 mata yang telah dikutip.

 

Kongsi artikel ini