Highlights EPL 2020/21 : Chelsea Tersungkur Di Kaki Wolverhampton Wonderes

Wolves menjadi pasukan ketiga dalam EPL yang telah menewaskan The Blues dengan kemenangan penuh dramatik yang dicapai pada perlawanan awal pagi tadi.

Chelsea yang dijangka akan mendominasi perlawanan itu telah terlebih dahulu diuji oleh Wolverhampton Wanderes menerusi tandukan Romain Sess minit ke empat , namun tersasar dari gawang gol yang dikepalai oleh Eduoard Mendy.

Olivier Giroud yang bergandingan dengan Timo Warner mendapat peluang menjaringkan gol tetapi tandukannya tersasar dari gawang gol tuan rumah.

Pada minit ke 44 Kurt Zouma meloncat lebih tinggi dari pemain Wolves untuk mencuba menanduk bola cantik dari Giroud yang mengambil sepakan sudut tetapi palang gol yang bergegar menjadi penghalang buat Chelsea mendahului jaringan ke atas Wolves terlebih dahulu.

Masuk pada separuh masa kedua , intensi permainan Chelsea meningkat tetapi bahagian tengah Wolves mantap mengawal pergerakan pemain Chelsea. Pedro Neto dan Podence bijak untuk melarikan bola ketika berhadapan dengan Benjamin Chilwell dan Kai Haverts.

Namun , mereka sedikit alpa setelah Chilwell yang tidak di kawal sebelah kiri dapat membuat hantaran lintang ke kotak penalti. Hantaran bolanya disambar oleh Giroud yang terus membuat voli rendah ke arah gol melepasi Rui Patricio pada minit ke 48.

Keputusan VAR telah mengesahkan bola itu melepasi garisan gol dan Chelsea mendahului pasukan Wolves 0-1

Chelsea seperti bermain santai dan seakan berpuas hati dengan satu gol akhirnya telah dihukum oleh Daniel Podence apabila tenang mengacah Chilwell dan Reece James dalam kotak penalti sebelum merembat masuk bola menewaskan Mendy dan kedudukan menjadi seri 1-1

Wolves juga hampir mendapat penalti selepas Pedro Neto dijatuhkan di atas garisan kotak penalti .

Namun VAR menjadi penyelamat kepada Chelsea setelah pengadil menarik balik penalti itu kepada Wolves.

Akhirnya Wolves berjaya mendapatkan gol kemenangan tuan rumah telah dijaringkan oleh pemain muda berusia 20 tahun , Pedro Neto pada minit ke 95 masa kecederaan.

Chelsea pulang ke Stamford Bridge dengan kegagalan mengumpul enam mata setelah tewas dua kali berturut dalam perlawanan mereka.

 

 

Kongsi artikel ini