Highlights EPL 2020/21 : Aston Villa Menang Tipis Dengan Wolves 1-0

Skuad Wolverhampton menjadi tuan rumah kepada pasukan lawan Aston Villa pada minggu ke 12 Liga Perdana Inggeris di Stadium Molineux sebentar tadi.

Separuh masa pertama kedua-dua pasukan berhati-hati dengan corak permainan yang ditunjukkan dan bola banyak berlegar di tengah padang.

Pengadil perlawanan , Mike Dean telah mengeluarkan tiga kad kuning kepada pemain Aston Villa , Douglas Luis , Matthew Cash dan John Mc’Gin kerana melakukan aksi kekasaran terhadap pemain tuan rumah.

Pada minit ke 41 pemain midfielder Wolves , Daniel Podence mendapat peluang menjaringkan gol dari luar kotak penalti tetapi percubaannya dipatahkan oleh pertahanan Aston Villa.

Sehingga pada minit ke 43 Adam Traore dilayangkan kad kuning kerana mengasari John McGinn mengakibatkan pertengkaran kecil diantara Jack Grealish dengan Leander Dendoncker namun dapat dileraikan oleh pemain kedua belah pasukan.

Beberapa percubaan pemain Aston Villa dan Wolves juga gagal diterjemahkan menjadi gol kerana kecekapan Rui Patricio dan Emiliano Martinez menjaga gawang.

Pada minit ke 70 , penyerang Fabio Silva telah menewaskan Martinez tetapi bola leretnya terkena tiang gol dan terselamat gawang gol Aston Villa dari dibolosi.

Kapten Aston Villa , Jack Grealish telah melakukan empat foul dalam perlawanan itu dapat mencipta dua peluang jaringan gol namun ketumpulan barisan penyerangnya Traore dan Ollie Watkins

Kekasaran terhadap Podence oleh Douglas Luis menyebabkan Mike Dean tiada pilihan dan melayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah memaksa Aston Villa bermain 10 orang.

Tuah menyebelahi Aston Villa apabila pengadil Mike Dean tidak teragak-agak memberikan penalti setelah Nelson Semedo telah menjatuhkan John Mc’Ginn dalam kotak penalti pada masa kecederaan.

Pemain yang telah menggantikan Traore , Anwar El Ghazi tidak mensia-siakan peluang itu dan meledakkan gol untuk Aston Villa pada minit ke 94.

Kekecewaan Wolves bertambah parah apabila Joao Mountinho diarahkan keluar padang kerana menerima kad kuning kedua apabila mengasari Jacob Ramsey.

Aston Villa kini menduduki tangga ke lapan manakala Wolves di tangga ke 11 dalam carta Liga Perdana Inggeris.

Kongsi artikel ini