Expand To Show Full Article
Highlights EPL 2020/21 : Arsenal Menang Besar Tewaskan West Brom - Grandstand Kita

Highlights EPL 2020/21 : Arsenal Menang Besar Tewaskan West Brom

Arsenal meneruskan rentak kemenangan yang ketiga berturut-turut setelah menewaskan pasukan tuan rumah Wes Bromwich Albion (WBA) di The Hawthorns stadium awal pagi tadi.

Penyerang Alexandre Lacazette telah menjaringkan dua gol manakala Bukayo Saka dan Kieran Tierney masing-masing dengan jaringan satu gol.

Ini merupakan kemenangan yang pertama kepada skuad Mikel Arteta pada tahun baru 2021 dan ia merupakan petanda yang baik bahawa anak-anak buahnya telah mendapat rentak untuk mencatatkan kemenangan yang seterusnya bagi bersaing untuk kedudukan yang lebih baik dengan pasukan lain dalam EPL.

Terlebih dahulu The Gunners telah mendominasi keseluruhan perlawanan tersebut apabila Kieran Tierney telah melakukan gol solo yang cantik menewaskan penjaga gol Wes Brom bagi memberikan gol pertama untuk Arsenal pada minit ke 23. Ini adalah gol pertama pemain yang berasal dari negara Scotland pada musim ini.

Tidak sampai lima minit , anak-anak buah Mikel Arteta menunjukkan satu gerakan berpasukan yang cantik bagi menghasilkan gol yang kedua. Gol itu telah dijaringkan oleh pemain muda , Bukayo Saka 19 tahun.

Pada babak pertama , Arsenal bersungguh-sungguh untuk mendapatkan jaringan gol pada awal 10 minit perlawanan apabila Branislav Ivanovic berjaya menanduk keluar bola itu yang hampir diterima oleh Lacazette hasil umpanan daripada Aubameyang dan bola itu sampai ke kaki Hector Berlin melepaskan rembatan yang dapat diselamatkan oleh penjaga gol

Bukayo Saka membuka peluang kepada Aubameyang sebagai pencetak gol dengan umpanan cantik kepada pemain Perancis itu tetapi gagal menguis bola ke gawang gol yang telah terbuka.

Bermain di atas permukaan padang yang bersalji , skuad West Brom cuba mengimbangi perlawanan itu pada separuh masa kedua tetapi kesilapan daripada Semi Ajayi yang hampir menjaringkan gol sendiri akhirnya dihukum oleh Lacazette untuk gol ketiga Arsenal.

Biarpun Arsenal telah selesa mendahului dengan tiga gol tanpa balas , ia tidak memperlahankan rentak Arsenal yang terus memberikan tekanan kepada Baggies.

Menerusi gerakan dari bahagian tengah dan bola di lorongkan kepada Kieran Tierney yang membawa terus ke sebelah kiri padang lawan , pemain itu dapat melihat Lacazette telah bersedia di hadapan pintu gol lalu terus membuat hantaran silang kepadanya.

Gol ke empat oleh Lacazette itu menjadikan pemain tersebut telah menjaringkan lima gol untuk semua perlawanan dan tiga clean sheet bagi Arsenal serta berada di tangga ke 11 setakat ini.

 

 

Kongsi artikel ini