Highlights EPL 2020/21 : 5 Perkara Dalam Perlawanan Fulham vs Manchester City

Calon tunggal untuk kejuaraan Liga Premier Inggeris untuk musim 2020/21 , Manchester City mencatatkan kemenangan selesa menewaskan Fulham di gelanggang Craven Cottage awal pagi tadi. Skuad Pep Guardiola yang tewas dengan musuh setempat , Manchester United pada minggu lalu nyata bukan tandingan bagi skuad kendalian Scott Parker walaupun mampu bertahan daripada dibolosi gol separuh masa pertama.

Manchester City terpaksa menunggu pada separuh masa kedua untuk mendapatkan jaringan gol melalui pertahanannya John Stones , Gabriel Jesus dan daripada penyerang yang dikatakan bakal meninggalkan Etihad akhir musim ini , Kun Aguero dengan tiga gol tanpa balas dari Fulham.

Ini lima perkara yang yang dapat dilihat dalam perlawanan tersebut pada awal pagi tadi.

1. Gol pertama Sergio Aguero di EPL 2020/21

Penyerang veteran berusia 32 tahun ini baru sahaja mendapatkan jaringan pertama dalam liga premier sejak Januari 2020 melalui sepakan penalti.

Penyerang Argentina ini memerlukan 13 penampilan dengan 641 minit masa permainan dan 24 percubaan ke arah gol untuk mengakhiri kemarau jaringan sebanyak 417 hari. Ia merupakan satu jangka masa yang sangat lama bagi seorang penyerang seperti Aguero.

2. Tujuh kemenangan City ke atas Fulham tanpa bolos.

Manchester City terus melebarkan rekod terhadap Fulham apabila skuad Pep Guardiola memenangi tujuh perlawanan ke atas skuad Scott Parker tanpa bolos satu gol sekalipun.

Ini menjadikan Fulham masih gagal untuk menjaringkan gol ke atas pasukan berkenaan dan menunjukkan City tiada masalah untuk mendominasi ke atas pasukan The Cottagers itu.

 

3. Kombinasi Gabriel Jesus dan Kun Aguero

Dalam perlawanan berkenaan Gabriel Jesus juga menjaringkan gol kedua , dan perlawanan pada pagi tadi merupakan perlawanan kali pertama Jesus digandingkan dengan Sergio Aguero semula. Statisitik menunjukkan bahawa kedua pemain ini serasi berganding bersama untuk menjaringkan gol ke atas pasukan lawan.

Jesus berjaya membuktikan kepada Pep Guardiola bahawa beliau adalah pemain yang tepat untuk berada dalam kesebelasan utama pada setiap kali Manchester City bermain.

4. John Stones memukau

Pemain pertahanan ini membuka akaun gol terlebih dahulu untuk City pada separuh masa yang kedua. Prestasi John Stones semakin memuncak dalam 10 perlawanan terkini yang kini mempunyai empat gol dalam liga premier.

Stones boleh dianggap sebagai pemain yang berbahaya sekiranya beliau berada di dalam kawasan kotak penalti dan ia merupakan satu kelebihan untuk Manchester City tanpa bergantung sepenuhnya ke atas pemain bahagian serangan.

5. Manchester City bersiap sedia kembali menjadi juara EPL

Hanya tinggal lapan perlawanan yang akan di hadapi oleh skuad Manchester City dengan kelebihan 17 mata kepada pasukan tangga kedua Manchester United , ia sudah pasti tidak mampu dikejar oleh skuad Ole Gunnar Solksjaer.

Dari sebuah pasukan yang hilang dalam radar pada hujung tahun lalu , secara tiba-tiba mendaki takhta liga pada Januari lepas , skuad Pep Guardiola boleh berasa lega dan terus bermotivasi tinggi untuk terus meraih kemenangan yang seterusnya.

The Citizen bersaing peringkat 16 pasukan dalam UCL dan akan menghadapi kelab dari Jerman , Borussia Mönchengladbach di Etihad stadium pada 17 Mac 2021 ini. Bagaimanapun skuad Pep Guardiola telah menewaskan pasukan itu 0-2 di Borussia -Park hujung Februari lalu dan laluan suku akhir pasti cerah sekiranya mereka dapat mengekalkan momentum kemenangan ke atas pasukan tersebut.

 

 

 

Kongsi artikel ini