Skuad Didier Deschamps berjaya menundukkan Portugal di stadium Lisbon 1 – 0 awal pagi tadi. Kemenangan tipis yang tidak diduga selepas Perancis tewas 2-0 dalam perlawanan pemanas badan dengan Finland tiga hari lalu.
Manakala Portugal yang masih segar dengan kemenangan besar 7-0 kepada skuad Andorra yang dijangka oleh peminat boleh menang ke atas Perancis nyata buntu dalam mencari gol walaupun menurunkan kesebelasan yang ampuh termasuk Cristiano Ronaldo yang berada dalam kesebelasan utama.
Portugal , dan Perancis saling menyerang ke arah kubu lawan dan menyaksikan beberapa peluang gagal dimanfaatkan oleh kedua-dua pasukan itu.
portugal vs france 0 1 Highlights & Goal cristiano ronaldo cry https://t.co/eLnqQmxykN via @YouTube
— ahmedelagamy (@ahmedelagamy5) November 14, 2020
Cristiano Ronaldo yang mengetuai jentera serangan diapit Joao Felix dan Bernando Silva berjaya membuat satu percubaan pada minit ke 6 tetapi Hugo Lloris bertindak cemerlang menyelamatkan gawang golnya.
Beliau juga berjaya menggagalkan percubaan sepakan dari luar kotak penalti oleh Bruno Fernandes , pemain tengah Manchester United. Pada minit 75 sekali lagi penjaga gol Spurs itu menunjukkan kualiti yang ada padanya apabila berjaya menampan rembatan deras dari Joao Mountiho.
❌ Hugo Lloris (France) save against Portugal 75' (0-1) #PORFRApic.twitter.com/89Kc4IuTec
— noobfcb (@noobfcb) November 14, 2020
Les Blues sepatutnya berada di depan pada separuh masa pertama tetapi Anthony Martial melepaskan tiga peluang , dua diselamatkan oleh Rui Patricio dan satu lagi terkena palang gol.
Ngolo Kante menjadi wira buat Perancis apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke 54 dan dengan kemenangan ini Perancis menjadi pasukan pertama layak ke separuh akhir UEFA Nation League 2020/21.
France First Goal #PORFRA #France #Portugal pic.twitter.com/mRCQL9Ygd3
— Football goals (@Footballgoal20) November 14, 2020
Didier Deschamps bangga dengan penampilan anak buahnya. Sekalipun mengalami kekalahan sebelum ini , semangat kompetitif mereka muncul di waktu yang tepat. Itu menjadi bukti skuad Prancis masih lagi salah satu pasukan terbaik di Eropah.
“Sangat hebat rasanya melihat permainan yang ditunjukkan dan menang di sini. Kemenangan ini menjadi kegembiraan bagi kami dengan kualiti dan keazaman yang kami ada” ujar Didier Deschamps dalam sidang media selepas perlawanan tersebut.
N'Golo Kanté's game by numbers for France vs. Portugal:
100% shot-conversion
100% aerials won
89 touches
88% passing accuracy
5 tackles won (most)
4 interceptions (most)
2 take-ons completed (=most)
1 clearance
1 chance created
1 shot
1 goalA match-winning performance. ⚽️ pic.twitter.com/KLq6jlFjUm
— Squawka Football (@Squawka) November 14, 2020
“Tidak mudah anak buah saya melalui satu masa yang agak sukar terutama masalah dalam kelab mereka. Namun mereka berkumpul di sini , masih ada semangat itu dan mereka membuktikan Perancis masih salah satu pasukan yang hebat” Tambah jurulatih yang berusia 52 tahun tersebut.