[HIGHLIGHT}: Saksikan Bagaimana Atletico Madrid Tawan Anfield

Atletico Madrid mara ke suku akhir UEFA Champions League 2919/20 selepas kebangkitan dramatik di masa tambahan.

Selepas tamat masa tambahan, Atletico mengatasi juara bertahan itu dengan kedudukan 3-2 pada malam di Anfield.

Marcos Llorrente tampil dari bangku pemain simpanan untuk menjaringkan dua gol selepas perlawanan berlarutan ke masa tambahan, manakala Alvaro Morata menambah satu lagi jaringan pada babak akhir masa tambahan perlawanan.

Tetapi prestasi yang ditampilkan oleh Jon Oblak di hadapan gawang Atletico juga seharusnya menjadikan beliau turut dianggap wira oleh penyokong Atletico pada malam magis di Anfield.

Penjaga gol Slovenia itu berjaya menafikan beberapa percubaan berbahaya daripada Liverpool untuk memastikan Atletico berjaya mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Malah pada ketika Liverpool memiliki kelebihan selepas Roberto Firmino menjaringkan gol pada masa tambahan, Atletico tidak pernah tunduk dan terus melawan untuk memperolehi keputusan ini.

Ia bukan perkara mengejutkan untuk melihat Liverpool mengawal perlawanan sejak dari mula dengan menekan Atletico di tempat mereka sendiri.

Tetapi sepanjang babak pertama, anak buah Diego Simeone telah melakukan apa yang mereka perlu untuk mengekang setiap gerakan.

Aksi babak pertama turut dibantu oleh kecemerlangan Oblak yang menghalang percubaan daripada Sadio Mane dan Roberto Firmino.

Geoginio Wijnaldum bagaimanapun berjaya menjadikan kedudukan 1-0 selepas pemain tengah Belanda itu menanduk masuk hantaran Alex Oxlade-Chamberlain untuk menewaskan Oblak.

Gol tersebut menjadikan agregat 1-1, dan bayangan kebangkitan seperti menewaskan Barcelona di separuh akhir pada musim lalu pasti menjelma di kalangan minda kebanyakkan penyokong Liverpool.

Oblak bagaimanapun sekali lagi cemerlang menafikan Oxlade-Chamberlain sekaligus menghalang Liverpool memiliki kelebihan pada masa sebenar 90 minit perlawanan.

Simeone sedar skuad kendaliannya gagal mengancam di hadapan lalu mengeluarkan Diego Costa yang tidak efektif, dam memasukkan Llorente.

Namun Liverpool sekali lagi menjadi pasukan yang paling hampir menjaringkan gol apabila Oblak sekali lagi menafikan Firmino yang menerima hantaran Trent Alexander-Arnold.

Seinit kemudian Liverpool kecewa lagi apabila tandukan Andy Robertson hanya singgah di palang. Liverpool terus memberikan tekanan kepada pertahanan Atletico, tetapi Oblak tetap utuh sehingga 90 minit perlawanan tamat.

Benteng Atletico akhirnya ditembusi juga pada masa tambahan apabila Firmino menolak masuk bola muntah hasil tandukan beliau yang terkena tiang untuk menewaskan Oblak.

Tetapi semua orang tahu bagaimana Simeone menyuntik semangat tidak mahu kalah kepada pasukan kendaliannya.

Atletico tidak pernah menyerah kalah, dan kesilapan penjaga gol Liverpool, Adrian yang menyepak bola terus ke arah Joao Felix membenarkan pemain muda itu menghantar bola terus kepada Llorente.

Bekas penyerang Real Madrid itu melencongkan bola rendah dengan kaki kanan untuk menjadikan agregat 2-2.

Ada banyak masa lagi untuk Liverpool memberikan respon. Tetapi Anfied seolah-olah gagal menghidupkan semangat juang anak buah Klopp yang sudah tampak keletihan.

Babak akhir separuh masa pertama masa tambahan, Liverpool dihukum sekali lagi apabila Llorente menyempurnakan hantaran Morata untuk menjadikan kedudukan 3-2 secara agregat.

Anfield ibarat kehilangan roh pada ketika itu, dan Atletico pula seolah-olah selesa dengan seruan selamat datang oleh Klopp selepas perlawanan di Wanda Metropolitan tempoh hari.

Selepas Lorente, giliran Morata pula untuk memastikan langkah Liverpool terus ternoktah dengan penyudah cantik di near post. Socreboard digital di Anfield: 3-2. Agregat 4-2.

Kesebelasan utama:

Liverpool: Adrian; Alexander Arnold, Van Dijk, Gomez, Robertson; Henderson (Fabinho, min. 105), Wijnaldum (Origi, min. 105), Oxlade-Chamberlain (Milner, min. 82); Mane, Salah, Roberto Firmino (Minamino, min. 113).

Atletico Madrid: Oblak; Trippier (Vrsaljko, min. 91), Felipe, Savic, Lodi; Thomas, Saal, Koke, Correa (Gimenez, min. 105); Joao Felix (Morata, min. 103), Diego Costa (Llorente, min. 56).

Gol: 1-0, min. 43: Wijnaldum; 2-0, min. 94: Firmino; 2-1, min. 97: Llorente; 2-2, min. 105+1: Llorente; 2-3, min. 120+1: Morata

Pengadil: Danny Makkelie (Netherlands).

Kad kuning: Alexander-Arnold (Min. 119) for Liverpool, Morata (Min. 119) for Atletico, Saul (Min. 120) for Atletico

Kad merah: None

Stadium: Anfield

Kehadiran: 54.000

Kongsi artikel ini