[Highlight Piala Malaysia]:Selangor 2-1 Melaka United

Bermain dalam keadaan yang becak sedikit mengganggu corak hantaran dan juga formasi yang digunakan pada perlawanan ini. Walau bagaimanapun pemain kedua-dua pasukan harus diberikan pujian kerana bermain menarik terutamanya pasukan Selangor kerana kelihatan telah merancang awal untuk pergi menyerang dengan lebih tersusun dan kemas.

Pada pertemuan ini kelibat Brendan Gan sedikit tenggelam tetapi tumpuan lebih terarah kepad Sandro dan Wan Zack Haikal kerana formasi 4-5-1 dan sesekali 4-3-3 melibatkan Ifedayo meletakkan Brendan Gan sedikit di belakang dua pemain barisan serangan.

Ifedayo menjaringkan gol pada minit ke-21 apabila berjaya meletakkan diri pada di dalam kawasan penalti untuk menolak mudah hantaran yang dilakukan oleh Wan Zack Haikal. Kebijaksanaan Ifedayo harus dipuji apabila kekal untuk melakukan larian memasuki kawasan D-Box ,untuk menyambar peluang yang terhidang.

Kelemahan Melaka United pada malam ini adalah positioning pemain mereka yang boleh dipersoalkan. Mereka juga gagal melakukan recoveries diperlukan ketika diserang balas oleh Selangor pada malam ini.

Ini adalah antara punca gol pada minit ke-52 daripada Sandro yang berjaya merembat masuk bola yang dihantar oleh Ifedayo. Untuk bermain menentang pemain seperti Ifedayo,usaha yang lebih perlu diberikan bagi menjaga beliau yang tidak dilakukan dengan sempurna pemain Melaka United malam ini.

Kredit harus diberikan juga kepada pemain Melaka United malam ini apabila kekal fokus mencari gol bagi merapatkan kedudukan.

Pada minit ke-56 akhirnya Uche Agba berjaya menyumbat masuk hasil daripada permainan sepasukan yang menarik.

Intensiti permainan mula dipertingkatkan oleh Melaka United dengan beberapa pemain baru antara Safiq Rahim dibawa masuk.

Beberapa percubaan berjaya dihasilkan memberikan masalah kepada Khairul Azhan sehinggakan beliau terpaksa beberapa kali melewat-lewatkan permainan sehingga diberikan kad kuning oleh pengadil permainan.

Keputusan masa penuh kekal Selangor 2-1 Melaka United. Zainal Abidin Hassan selaku jurulatih Melaka United tetap memuji aksi anak buah beliau yang berjuang sehingga tiupan wisel penamat dan kini masa hadapan beliau bersama Melaka United mula menjadi persoalan.

Kongsi artikel ini