[Highlight Piala Malaysia]: Perak TBG 4-0 Kelantan United

Perak TBG berjaya melangkah ke suku akhir setelah menewaskan pasukan dari pantai Timur , Kelantan United 4 – 0 dalam saingan TM Piala Malaysia 2020 malam tadi.

Pasukan Mehmet Durokovic terus mengasak pasukan lawan seawal minit pertama dengan terus mendapat sepakan sudut yang pertama.

Pada minit ke enam , lorongan Leandro ke penyerang sensasi Shahrel Fikri yang terus membuat rembatan ke arah gol namun sempat ditampan oleh pertahanan Kelantan United seterusnya Perak TBG mendapat sepakan sudut yang kedua pula.

Hasil daripada sepakan sudut yang melencong diambil oleh Firdaus membawa gol yang pertama pada minit ke tujuh dengan Leandro menanduk bola terus ke gawang gol menewaskan Syazwan Yusoff.

Kelantan United cuba bangkit dengan membuat gerakan serangan balas. Minit ke 18 , rembatan Alif Romli mudah dibaca oleh Hafizul yang dapat menangkap bola dengan kemas.

Perak mendapat sepakan percuma yang diberikan oleh pengadil selepas gerakan solo Firdaus dijatuhkan oleh Aziz di sebelah kanan gawang gol Kelantan United tetapi sepakan percuma Rafiuddin terus ditumbuk keluar oleh Syazwan Yusof.

Dominasi diantara Leandro Dos Santos dan Shahrel Fikri terus menggandakan kelebihan yang ada. Sekali lagi Leandro telah menjaringkan gol kedua untuk Perak hasil daripada backheel oleh Shahrel Fikri pada minit 21.

Pada separuh masa kedua , Kelantan United membuat pertukaran dengan mengeluarkan Selwan dan memasukkan Fazrul bagi menambah sengat jentera serangan.

Minit ke 48 , Leandro menjaringkan gol ketiga sekaligus hatrik buat dirinya hasil lorongan leret oleh Careca.

Kelantan United membuat dua pertukaran pemain dengan membawa masuk Azwa dan Aizzat bagi menggantikan Adil dan Daudsu tetapi ia masih gagal untuk menembusi gol Perak TBG

Hanya satu peluang yang terbaik untuk Kelantan United apabila rembatan jarak jauh Alif yang cuma menggegarkan palang gol Perak sahaja.

Kelantan United menambah derita pasukan Nazrulerwan apabila pemain import Perak Careca menjaringkan gol yang ke empat minit ke 91 yang berakhir Perak TBG menang 4 – 0

Perak akan bertemu dengan Terengganu FC yang menang ke atas Petaling Jaya FC 1 – 0 di suku akhir

Kongsi artikel ini