Manchester United menghidupkan kembali peluang untuk mengakhiri saingan liga pada musim ini sebagai empat pasukan terbaik, selepas menewaskan Sheffield United 3-0 pada awal pagi tadi.
Beraksi di Old Trafford buat pertama kali sejak Mac lalu, Anthony Martial menjaringkan hatrik untuk skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer menghasilkan kemenangan pertama sejak Liga Perdana Inggeris dimulakan kembali.
Pogba ➡️ Bruno➡️ Martial➡️ Rashford➡️ Martial. First hattrick post SAF. #MUNSHU pic.twitter.com/iCODfsYfjd
— PogbaSZN🇫🇷 (@UtdSZN10) June 24, 2020
The Red Devils kelihatan tajam, terutama ketika gerakan menyerang dalam perlawanan ini.
Martial kini sudah mencetak 19 gol pada musim ini, tatkala gandingan Bruno Fernandes dan Paul Pogba turut menyerlah selepas gandingan tersebut beraksi dari permulaan perlawanan buat pertama kali.
Jika inilah ‘Manchester United baharu’ seperti yang sering dicanang, maka penyokong The Red Devils di seluruh dunia wajar untuk optimis pada musim hadapan.
Tidak ketinggalan, Solksjaer turut menurunkan pemain remaja Mason Greenwood dalam kesebelasan utama.
⚽⚽⚽ Anthony Martial has scored Man Utd’s first PL hat-trick in 263 games, spanning 7 years & 63 days, since Robin van Persie v Aston Villa in April 2013
🔴 It’s the first hat-trick of Martial’s club career, in his 284th appearance pic.twitter.com/UP5WH6S8Z9
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) June 24, 2020
Dan menyaksikan Martial menjaringkan hatrik pasti membuatkan penyokong United berasa puas.
Apa tidaknya. Pemain terakhir Manchester United menjaringkan hatrik ialah Robin van Persie dalam perlawanan menentang Aston Villa pada 2013.
Ia adalah tujuh tahun yang lalu, dan merupakan kali terakhir Manchester United bergelar juara Liga Perdana Inggeris.