LEUVEN , Belgium. “Belgium bermain dengan gaya pantas tetapi tahu untuk mendapatkan keputusan yang bagus seperti kemenangan ke atas Denmark 4 – 2 di perlawanan Nation League awal pagi tadi.” Ujar Lukaku selepas perlawanan itu dalam sidang media.
Walaupun Belgium berada di puncak kuasa bolasepak dunia kadangkala berada dalam tekanan dalam mencari rentak kemenangan ketika bertemu dengan pasukan yang kuat.
Lukaku memuji rakan sepasukannya seperti Eden Hazard dan Kevin De Bruyne yang merupakan kombinasi mantap di bahagian tengah kerana mereka bijak membantu pertahanan dan cepat membantu penyerang mencari gol walaupun mereka dikawal ketat oleh pemain pertahanan lawan.
Watch LIVE|#Belgium vs #Denmark| #NationsLeaguehttps://t.co/gj1HSwtmqS pic.twitter.com/1sBAAxxOTQ
— Master Class (@maxo41) November 18, 2020
“Kami telah membuktikannya sekarang yang kami boleh bermain dengan lebih baik menentang pasukan yang kuat,” ujar Lukaku selepas kemenangan ke atas Denmark walaupun Denmark hampir menguasai penuh dalam perlawanan itu.
Lukaku telah menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu dan menjadi penjaring profilik untuk negaranya dengan 57 gol dalam 89 penampilan di pentas antarabangsa.
Romelu Lukaku is now three goals away from reaching 60 goals for the Belgian national team.
No other player has even reached 40. 🤯 pic.twitter.com/KrfRTvKfBf
— Squawka Football (@Squawka) November 18, 2020
“ Pasukan kami tahu bagaimana cara untuk menang dalam perlawanan itu walaupun ia bukan satu gaya permainan yang biasa kami terapkan sebelum ini. Apabila memerlukan benteng yang kuat dan serangan pantas ke atas skuad lawan itulah yang kami lakukan.”
On to the Final Four 👏
✅ 4th goal for Tielemans
✅ 56th & 57th goal for Lukaku
✅ 20th goal for De BruyneOnly #MadeinProLeague goals tonight 🔥
FT • Belgium vs. Denmark: 4-2#Nationsleague #belden pic.twitter.com/n53c61OIlN
— Pro League ⚽️🇧🇪 (@ProLeagueBE) November 18, 2020
“Prestasi pasukan Belgium meningkat dengan efisyen di bahagian pertahanan dan mampu mencari gol walaupun mempunyai satu peluang sahaja”.
🇮🇹 Italy
🇧🇪 Belgium
🇫🇷 France
🇪🇸 SpainThe 2021 UEFA Nations League Finals is set. pic.twitter.com/I2jWHIdCQG
— Squawka Football (@Squawka) November 18, 2020
Belgium telah melangkah ke perlawanan akhir dalam Nation League bersama dengan bekas juara Piala Dunia , Perancis , Italy dan Sepanyol.