[HIGHLIGHT]: Lihat Debaran KL City Tewaskan Sogdiana Untuk Mara Ke Perlawanan Akhir Piala AFC

Kuala Lumpur City FC mencipta sejarah tersendiri apabila mara ke perlawanan akhir Piala AFC 2022 buat pertama kali selepas menewaskan wakil Uzbekistan, Sogdiana 5-3 melalui penentuan sepakan penalti.

Pemenang perlawanan ini terpaksa ditentukan melalui penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan sepanjang 120 minit perlawanan termasuk masa tambahan.

Kejayaan ini bermakna KL City menjadi kelab kedua dari Liga Malaysia mara ke perlawanan akhir, mengulangi pencapaian Johor Darul Ta’zim (JDT) yang memenangi saingan itu pada 2015.

KL City bakal berhadapan dengan wakil Oman,  Al Seeb yang menewaskan Al Riffa dari Bahrain dengan 4-0 dalam aksi final Zon Barat.

Perlawanan akhir Piala AFC 2022 yang akan menemukan KL City dan Al Seeb dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober akan datang.

Sepanjang perlawanan 90 minit masa sebenar, tidak banyak peluang terbuka dihadirkan oleh kedua-dua pasukan yang berusaha untuk mara ke final.

Peluang pertama skuad warga kota hadir pada minit ke-28 perlawanan menerusi tandukan Giancarlo Gallifuoco, hasil sepakan sudut di minit ke-28 sedikit tinggi melewati palang gol.

Peluang kedua hadir di minit ke-40 melalui serangan balas pantas yang hampir memerangkap benteng pasukantuan rumah.

Namun hantaran lintang Kamal Azizi gagal dibaca ketua pasukan Paulo Josue yang hanya mampu memerhatikan lorongan itu disia-siakan.

Selang dua minit selepas itu, Sogdiana hampir memecah kebuntuan menerusi rembatan luar kotak penalti namun berjaya ditampan Kevin Ray Mendoza.

Babak kedua perlawanan menyaksikan sepakan percuma diperolehi KL City pada minit ke-63 mencemaskan kubu tuan rumah, namun yang menyaksikan situasi kelam kabut di depan gawang tetapi gagal dimanfaatkan.

Romel Morales hampir memecah kebuntua jaringan di dalam perlawanan ini, namun peluang terbaik KL City dalam perlawanan ini itu gagal dimanfaatkan pada minit ke-80 perlawanan.

Kl City harus berterima kasih kepada penjaga gol, Kevin Mendoza yang menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Sogdiana sepanjang masa tambahan.

Penjaga gol dari Filipina itu kemudiannya berjaya menyelamatkan satu sepakan penalti lawan ketika penentuan sepakan penalti, manakala kesemua sepakan pemain KL City berjaya menerjah jaring untuk kemenangan 5-3.

Kongsi artikel ini