Highlight EPL: Man City Ratah Arsenal, David Luiz Buat Hal Lagi

Pemain pertahanan Arsenal, David Luiz pasti mahu melupakan perlawanan menentang Manchester City secepat mungkin.

Dalam pertemuan pada awal pagi tadi, pemain dari Brazil itu menerima layangan kad merah.

Aksi lemah The Gunnersjuga tidak membantu, sehingga membuatkan mereka mudah diratah 3-0 oleh Manchester City.

Luiz sebenarnya bukan pemain kesebelasan utama dalam perlawanan ini.

Beliau bagaimanapun dimasukkan oleh Mikel Arteta pada minit ke-20 perlawanan akibat kecederaan yang menimpa Pablo Mari.

City kemudiannya menjaringkan gol pertama perlawanan  sebelum tamat babak pertama apabila Luiz gagal menghalang Kevin De Bruyne melakukan hantaran kepada Raheem Sterling yang menyudahkan umpanan.

Ia kemudiannya ibarat mimpi ngeri kepada malapetaka buat Luiz apabila beliau dilayangkan kad merah, empat minit selepas babak kedua bersambung kerana menjatuhkan Riyad Mahrez.

De Bruyne kemudiannya menggandakan kelebihan City melalui sepakan penalti yang diberikan.

Phil Foden melengkapkan kemenangan 3-0 Man City ke atas Arsenal selepas percubaan Sergio Aguero terlebih dahulu mengenai tiang.

Kemenangan City bermakna Liverpool tidak akan dinobatkan selaku juara Liga Perdana Inggeris pada Ahad ini, walaupun sekiranya skuad kendalian Jurgen Klopp menewaskan Everton dalam Merseyside derby.

Jaminan dunia akan kekal tenang dan sama akan kekal sekurang-kurangnya sehingga Ahad akan datang.

Luiz mungkin bukan watak popular di Anfield bua masa ini.

Ia juga bukan menghairankan mengapa Arteta meletakkan pemain itu di bangku pemain simpanan selepas kesilapan mudahnya menentang West Brom dalam perlawanan persahabatan pada minggu lalu.

 

Kongsi artikel ini