Dua gol oleh Marcus Rashford cukup untuk memberikan kekalahan pertama kepada Jose Mourinho yang kembali ke Old Trafford buat pertama kali selaku pengurus pasukan. Bezanya, kali ini pengendali dari Portugal itu adalah pembimbing Tottenham Hotspur.
Mourinho melalui permulaan yang baik bersama Tottenham sejak dilantik untuk menggantikan Mauricio Pochettino pada November lalu, apabila menang semua tiga perlawanan yang dilalui sebelum berhadapan Manchester United.
Rashford PL goals under Mourinho: 15 in 81 games
Rashford PL goals under Solskjaer: 16 in 34 games
— B/R Football (@brfootball) December 4, 2019
Tekanan juga meninggi untuk Ole Gunnar Solskjaer yang diberitakan akan digantikan oleh Pochettino sekiranya tewas perlawanan ini. Namun ianya hanya sekadar mainan media semata-mata, tatkala pengurusan tertinggi kelab berkata akan terus menyokong usaha pengendali dari Norway ini untuk membangunkan kembali United.
The Red Devils bermula dengan baik apabila mendahului seawal minit ke-6. Rashford pantas mendapatkan bola yang lolos dari Davinson Sanchez, untuk menewaskan Paulo Gazzaniga di near post.
🗣 Jose Mourinho after losing on his return to @ManUtd:
👀 “I think the way they play is easier for them when they play against the teams that are better teams.”
😅 Classic Jose. pic.twitter.com/2Jdvj0OyBF
— SPORF (@Sporf) December 4, 2019
Dele Alli bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-39 perlawanan selepas mengelirukan pertahanan United – termasuk Ashley Young – dengan gerakan menakjubkan untuk merembat melepasi David de Gea.
Ianya memang genius. Teknik cushioning dan sombrero ala Neymar.
Rashford memastikan United kembali ke landasan kemenangan apabila menyempurnakan sepakan penalti pada babak kedua perlawanan, selepas beliau dijatuhkan oleh Moussa Sissoko.
Tiga mata berharga buat United dan Solskjaer untuk meneruskan cabaran mencari slot ke UEFA Champions League pada musim hadapan.
Highlight dari Stadium AstroL
Mampukah United mengejar slot 4 teratas musim ini? Sama-sama kita nantikan saingan berakhir nanti.