Pada hari ini terdapat pelbagai cara untuk kita mencari sumber pendapatan walaupun pada ketika perintah kawalan pergerakan atau pun lockdown.
Hanya dengan sedikit ilmu menggunakan media sosial dan penstriman langsung misalnya, anda boleh menjana pendapatan sebagai seorng YouTuber.
Itulah yang dilakukan oleh atlet angkat berat dari Filipina, Hidilyn Diaz yang mengumpul sumber kewangan menggunakan kaedah penstriman demi membantu mereka yang terkesan dari segi kewangan sepanjang tempoh sukar ini.
Weight off their minds: Olympian Hidilyn Diaz's online workouts feed Filipino families https://t.co/uX3PypffGD
— ABS-CBN News (@ABSCBNNews) May 8, 2020
Untuk berbuat demikian, Diaz hanya perlu melakukan latihan senaman ataupun workout di rumah sambil dikongsikan untuk menjana wang.
Pendapatan yang diperolehi secara atas talian itu digunakan oleh pemenang pingat Perak di Sukan Olimpitk itu membeli makanan dan keperluan lain untuk ratusan keluarga yang terputus pendapatan di Filipina.
Diaz kini berpengkalan di Malaysia, di mana beliau melakukan latihan dalam usaha untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo.
“Saya berfikir (mengedar sendiri) agak sukar dilakukan kerana saya tidak berada di sana,” kata Diaz kepada AFP.
BREAKING: Hidilyn Diaz wins gold in the women's 53kg weightlifting event at the #AsianGames2018. (📷: AFP) pic.twitter.com/tjv0TY99gA
— Manila Bulletin News (@manilabulletin) August 21, 2018
“Tetapi saya mempunyai rakan dan keluarga yang boleh dipercayai dan memahami mengapa saya perlu mencari dana ini.”
Sokongan dari rakan dan keluarga di Filipina telah membantu Diaz mengedar pelbagai barang keperluan kepada lebih 400 keluarga di Filipina, bermula di kampung halamannya di Zamboanga.
Antara barangan yang diedarkan adalah seperti sayuran, telur dan beras.
Diaz dianggap seperti wira di negaranya apabila tampil sebagai rakyat Filipina pertama meraih pingat di Sukan Olimpik.
Beliau mengejutkan ramai dengan memenangi pingat Perak bagi kategori 53kg di Rio pada 2016.
Dua tahun kemudian Diaz tampil sebagai pemenang pingat emas di Sukan Asia yang diadakan di Indonesia.
“