Kapten Liverpool, Jordan Henderson mendedahkan beliau telah mengikut nasihat Roy Keane untuk tidak meminta bertukar jersi dengan Lionel Messi.
Ini adalah kisah ketika separuh akhir pertama UEFA Champions League diantara Barcelona dan Liverpool yang berlangsung di Nou Camp pada musim lalu.
Liverpool tewas 3-0 dalam perlawanan tersebut, sebelum kebangkitan penuh dramatik di Anfield kemudian memastikan mereka mara ke final untuk bertemu Tottenham.
According to Liverpool's captain, he made sure not to exchange tops with Messi after a lesson from Roy Keane back in his Sunderland days ⚽️ https://t.co/2AZ2ROKz4Y
— Empire of the Kop (@empireofthekop) April 28, 2020
Pada perlawanan pertama itu, kapten Liverpool tersebut tidak memulakan perlawanan sebagai pemain kesebelasan utama akibat baru pulih dari kecederaan.
Namun demikian, Henderson terpaksa dimasukkan selepas kecederaan yang menimpa Naby Keita pada babak pertama perlawanan.
Selepas setahun perlawanan tersebut berlangsung, Henderson berkongsi pengalamannya beraksi di Nou Camp dan berhadapan dengan kapten Barcelona itu yang sehingga kini telah memiliki enam gelaran Ballon d’Or.
Henderson (Liverpool): "Thinking about Messi free-kick now, I still can't believe he scored it. I actually thought he was going to take it short. I've told you how good I think Alisson is, but Messi put that shot in one area Ali couldn't protect. Absolutely perfect." pic.twitter.com/BM1nvzYjy3
— Barca Galaxy (@barcagalaxy) April 29, 2020
“Tidak seperti dirancang, saya terpaksa beraksi lebih awal kerana kecederaan Naby Keita. Ia adalah pertama kali saya berada di atas satu padang bersama Lionel Messi,” kata Henderson kepada Daily Mail.
“Anda tidak berfikit seperti ‘Oh Tuhanku– itulah dia,’ tetapi ia benar bahawa aksi di atas padang adalah berlainan seperti yang anda saksikan di dalam TV. Beliau [Messi] sangat pantas.
“Mengingati kembali sepakan percuma beliau pada hari ini, saya masih tidak percaya beliau mampu menjaringkannya. Saya pada mulanya berfikir ia hanya satu sepakan pendek.
“Saya pernah memberitahu anda betapa baiknya Ali [Alisson], tetapi Messi masih mampu meletakkan bola di kawasan yang Ali tidak boleh kawal. Cara sepakan, kepantasan, ketepatan — segalanya sempurna.
Jordan Henderson was set on course for glory at Liverpool with the help of Manchester United legend Roy Keane.
“Roy could see his potential. Roy was great for him. The years and the experience he had in that position, it was an undoubted help.”https://t.co/Pi78re3ygE
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) April 19, 2020
“Adakah saya terfikir untuk meminta jersi beliau? Tidak. Saya tidak akan berbuat begitu.
“Roy Keane pernah berkata ketika masih di Sunderland, jika anda meminta jersi pemain lain, ia seperti anda sangat kagum dan mendewakan mereka.
“Akhirnya saya balik ke Liverpool dengan jersi Luis Suarez. Luis adalah pemain yang baik dan beliau memberikan jersi kepada saya kerana kami pernah bermain bersana di Liverpool. Saya tidak pasti apa dia lakukan terhadap jersi yang saya berikan!”
Having established himself in Sunderland’s junior set-up, where his U16 team won the league and cup double, Henderson was handed his senior debut by Roy Keane in November 2008, a 5-0 loss to Chelsea. A loan spell at Coventry followed. pic.twitter.com/SkSd6T06C3
— FourFourTweet (@FourFourTweet) April 9, 2020
Liverpool bagaimanapun menewaskan Barcelona 4-0 dalam perlawanan timbal balik penuh epik di Anfield, sebelum menewaskan Tottenham Hotspur di perlawanan akhir.
Keane dan Henderson pernah bersama-sama di Sunderland pada 2008. Bekas pemain tengah Manchester United itu sendiri mempunyai karakter luar biasa di dalam dan luar padang.