The Times mendedahkan kapten Liverpool Jordan Henderson bertindak menghubungi semua kapten pasukan kelab Liga Perdana Inggeris sejak beberapa hari lalu untuk mengumpul dana buat pekerja kesihatan (NHS).
Malah Henderson sedang sibuk malakukan rancangannya itu ebelum Setausaha Kementerian Kesihatan Matt Hancock mahukan pemain bola profesional memainkan peranan penting menghadapi krisis waba coronavirus pada Khamis lalu.
Reaksi dari kalangan kapten di Liga Perdana Inggeris amat positif, dengan pemain-pemain lain turut berpakat mengumpul dana untuk membantu keperluan frontliners.
Well played, Jordan Henderson 👏❤️ pic.twitter.com/5Gy20Uk2NJ
— Football on BT Sport (@btsportfootball) April 3, 2020
Malah mereka turut telah mengubungi pihak bank untuk mewujudkan sebuah akaun di mana semua pemain bola sepak boleh menyalurkan sumbangan masing-masing.
Jumlah kutipan melibtkan semua pemain dari kalangan 20 kelab Liga Perdana Inggeris pasti akan mencecah jutaan ringgit untuk frontilners.
Malah pada awal hari ini Manchester United menjadi kelab terawal di England mengumumkan pemotongan gaji sebanyak 30% untuk disalurkan ke hospital tempatan di Manchester.
Pemotongan tersebut tidak termasuk dana yang dicetuskan oleh Henderson yang akan dikutip secara berasingan.
Harry Maguire asked all Manchester United players to donate 30% of their salary to charity. The players overwhelmingly support this initiative taken by the captain who had spoken with Ed Woodward on this subject.
My Captain. ♥️🇾🇪 pic.twitter.com/lZ4EiY2o7p
— UTFR 🇾🇪 (@ManUtd_HQ) April 3, 2020
“Henderson tidak mahu sebarang kredit atas usaha ini. Malah beliau kecewa perkhabaran ini telah dilaporkan media di UK apabila ianya belum lagi dimulakan,” lapor The Times.
Sebelum ini terdapat kritikan terhadap kelab dan pemain pada ketika krisis ini – setelah Newcastle dan Tottenham bertindak memotong gaji kakitangan bukan pemain.
“Mengambil kira pengorbanan yang telah diambil pelbagai pihak, antara perkara yang boleh dilakukan oleh pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris ialah untuk mereka menghulurkan sumbangan,” kata Matt Hancock semalam.
Cuma Hancock pada ketika beliau berkata sedemikian, tidak menyedari Henderson dan kapten-kapten pasukan yang lain sudah pun berusaha melakukan sesuatu untuk membantu.