Hasim Rahman adalah salah seorang atlet beragama Islam yang terkenal kerana mempertahankan imannya.
Petinju yang terkenal dengan gelaran ‘The Rock’ itu pernah bergelar juara dunia Heavyweight, selepas menewaskan Lennox lewis pada 2001 di Johhaneburg, Afrika Selatan.
Rahman mengejutkan jangkaan ramai pada ketika itu yang melihat Lewis sebagai pilihan.
Namun petaruh yang memilih kemenangan berpihak kepada Rahman, untung besar selesai pertarungan tersebut selepas syarikat perjudian meletakkan kemenangan The Rock pada kadar 20-1.
Petinju benci judi
“Saya gembira boleh membuatkan orang lain menjadi kaya,” ujar Rahman selepas kemenangannya itu.
Tetapi tidak seorang pun dari kalangan krew ‘Team Rahman’ yang bertaruh untuk kemenangan Rahman pada ketika itu.
Bukan kerana tidak yakin dengan keupayaan Rahman, tetapi setiap anggota krew ‘Team Rahman’ diberikan peraturan larangan berjudi oleh Rahman sendiri.
On this date in 2001, Hasim Rahman knocked out 20-1 favorite Lennox Lewis in the 5th round 🥊 pic.twitter.com/swiuajnWKR
— ESPN Ringside (@ESPNRingside) April 22, 2020
Petinju beragama Islam dari Amerika Syarikat itu mempunyai peraturan ketat terhadap kakitangannya. Mana-mana kakitangan yang diketahui dan dibuktikan bersalah disebabkan berjudi, akan dipecat oleh Rahman serta merta.
Perkara ini disahkan sendiri oleh bekas pengurus Rajman, Syan Hoffmann.
“Ini adalah peraturan yang sentiasa saya tekankan. Tidak ada seorang pun dari kami diizinkan untuk bertaruh, walaupun untuk petinju kami sendiri,” kongsi Hoffmann ketika berkongsi kisah mengenai Rahman.
Peraturan tersebut adalah berkait rapat dengan ajaran Islam yang yang dianuti Rahman yang menyatakan judi itu haram.
Iman kekuatan Rahman
Iman sebagai seorang Islam juga memampukan Rahman mengatasi segala cabaran hidup sebagai seorang petinju profesional.
Kemenangan demi kemenangan yang direkodkan oleh Rahman sepanjang kariernya adalah kerana taatnya beliau kepada ibadah, temasuk berdoa setiap saat.
“Saya terus berdoa dan melengkapkan semua sesi latihan. Setelah itu, saya datang ke gelanggang pertarungan dengan satu pukulan. Satu pukulan saja,” kata Rahman seperti dikatakannya dari Islamicity.org.
#OnThisDay in 2001, I lost the @wbc IBF, IBO & Lineal titles to Hasim Rahman in South Africa.
–
Great punch that my chin didn’t get out of the way of! 👊🏾💥🤦🏾♂️ pic.twitter.com/MLq6J7p2LI— Lennox Lewis, CBE, CM (@LennoxLewis) April 22, 2019
Rahman mengejutkan dunia tinju apabila menewaskan Lennox Lewis dengan KO pada pusingan kelima di Carival City pada 22 April 2001.
Walaupun berstatus underdog sepanjang kariernya, Rahman berjaya merebut gelaran Heavyweight WBC, IBF dan IBO milik Lewis.
Antara yang menyebabkan Lewis hilang fokus menurut media pada ketika itu adalah kerana pembabitan beliau dalam suntinga filem Ocean’s Eleven, dan terlampau banyak berbicara mengenai Mike Tyson berbanding lawan sebenar yang beliau harus hadapi.
Kisah Rahman
Rahman lahir dari jalanan. Dia menghabiskan masa kecilnya di Maryland yang terkenal dengan gengsterisme dan dadah. Rahman bagaimanapun mampu melepaskan diri dari terjerat dengan narkotik, selepas diselamatkan oleh bekas petinju, Louis Butler.
Hasim Rahman on why being shot and not dying hurt his boxing career https://t.co/XZwZqab71g pic.twitter.com/djsusL7ddu
— Bad Left Hook (@badlefthook) September 10, 2019
“Saya belajar bertinju dari seorang bekas petinju, Louis Butler di jalanan. Lalu dia memcadangkan saya ke gym latihan dan saya tinggal di sana sejak daripada saat itu,” kata Rahman.
Setelah menjalani latihan di gym tersebut, Rahman mulai diuji dalam perlawanan di kelas Heavyweight amatur, sebelum kariernya sebagai petinju profesional bermula pada 1994.
Solat sebelum ibadah – senjata Rahman
Dalam satu temubual bersama The Sun, Rahman pernah berkata pegangan beliau terhadap agama Islam membuatkan dirinya fokus dan sedar akan keutamaan hidup.
Antaranya ialah kewajipan beliau mentaati ibadah, termasuk melakukan solat sebelum pertarungan.
Persiapan matang dan kekhusyukan doa Rahman berjaya merobohkan keangkuhan Lennox Lewis yang pernah meraih emas dalam acara tinju sebagai amatur di Sukan Olimpik 1988 di Seoul.
Anthony Joshua vs Andy Ruiz is one of the biggest upset in heavy weight boxing history!!
Muhammad Ali vs Joe Frazier
Mike Tyson vs Buster Douglas
Lennox Lewis vs Hasim RahmanAll the greats took unexpected defeats, but they always came back to show true champion spirit pic.twitter.com/OM44Z9Z83a
— Space Raccoon (@SpaceRacoon3) June 2, 2019
The Independent dalam satu artikel malah menggelar kemenangan Rahman ke atas Lennox Lewis sebagai satu keajaiban – sepertimana Muhmmad Ali meraih gelaran tinju pertamanya pada 1974.
Rahman kemudian membuktikan kemenangan atas Lewis bukan hanya kerana nasib. Petarung yang nama sebenarnya Hasim Sharif Rahman itu kemudiannya bergelar juara interim WBC pada 13 Ogos 2005, menewaskan Monte Barret.
Rahman kemudian mempertahankan gelaran juara dunia tersebut setelah menafikan James Toney pada 18 Mac 2006.
Penutup
Hasim Rahman pernah memiliki titik hitam tersendiri di dalam kehidupan masa mudanya. Petarung yang terakhir muncul di gelanggan pertarungan pada 2014 itu pernah ditembak lima kali kerena perniagaan narkotik.
Setelah bersara dari dunia tinju, Rahman mengaku ibarat dilahirkan semula sebagai orang muslim. Dalam wawancara dengan NZ Herald, Rahman mengaku telah menjadi seorang muslim yang patuh dan sudah menjalani ibadah haji.
“Saya merasa seperti terlahir kembali. Halaman buruk itu, saya sudah tinggalkan. Kini saya merasa selesa dengan ‘kulit’ saya sendiri,” ujar Rahman.