Hargai Sumbangan Paulo Josue Dan Romel Morales, KL City Bantu Naturalisasikan Dua Pemain Ini

Sebagai menghargai sumbangan Paulo Josue dan Romel Morales sejak beberapa musim lalu, Kuala Lumpur City FC akan membanti dua pemain ini untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan di negara ini, sekali gus menjadikan kedua-dua pemain ini bertaraf pemain naturalisasi selepas ini.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa ketika bercakap kepada New Strait Times sebelum skuad KL City berhadapan Sogdiana di perlawanan akhir peringkat Zon Timur Piala AFC 2022 pada malam tadi.

Menurut Nokman, KLFA akan terlebih dahulu membantu proses naturaliasi Paulo Josue pada Oktober ini, sebelum perkara sama turut dilakukan untuk Romel Morales menjelan November atau Disember akan datang.

β€œPada saya Josue adalah pemain tengah terbaik di Malaysia. Tanpa beliau, saya tidak fikir KL City mampu pergi sejauh ini. Kerana adanya dia, kami berada di tahap seperti yang anda lihat hari ini,” kata Nokman.

Paulo Josue kini berusia 33 tahun dan menyertai KL City dari kelab Brazil, Votuporanguense FC pada 31 Mei 2017.

Sehingga kini, Josue yang merupakan kapten KL City telah melakukan 81 penampilan dan menjaringkan 29 gol dalam semua pertandingan.

Morales pula berusia 25 tahun dan menyertai KL City pada musim lalu selepas meninggalkan Melaka United.

Pemain berasal dari Colombia ini bagaimanapun sudah beraksi di Liga Malaysia sejak Januari 2018 apabila beraksi bersama PKNS FC pada ketika itu.

Selepas dinaturalisasikan pada tahun ini, Josue dan Morales turut berpeluang untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya pada tahun hadapan – sekali gus memberikan lebih banyak pilihan kepada Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon di dalam pemilihan pemain di jentera tengah.

Pada hari ini, Malaysia memiliki beberapa pemain bertaraf naturalisasi penuh seperti Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula yang dinaturalisasikan melalui program naturaliasi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pemain-pemain yang dinaturalisasikan oleh kelab pula adalah seperti Mohamadou Sumareh, Lee Tuck dan Sergio Aguero. Ketiga-tiga pemain dinaturaliasikan oleh Sri Pahang FC.

Paulo Josue dan Romel Morales adalah antara pemain yang tunjang utama skuad warga kota yang menjuarai Piala Malaysia pada musim lalu.

Musim ini Josue dan Morales sekali lagi mecipta sejarah tersendiri bersama KL City apabila berjaya membantu pasukan itu mara ke perlawanan akhir Piala AFC buat kali pertama di dalam sejarah kelab itu.

Berjaya menewaskan wakil Uzbekistan, Sogdiana 5-3 melalui penentuan sepakan penalti pada malam tadi, Josue dan Morales pasti akan terus menjadi sandaran KL City untuk perlawanan akhir Piala AFC 2022 menentang wakil Oman, Al Seeb pada 22 Oktober hadapan.

Kongsi artikel ini