Expand To Show Full Article
Hanya Perlukan Sebatang Kayu Dan Botol Mineral Teruskan Latihan Musim PKP - Grandstand Kita

Hanya Perlukan Sebatang Kayu Dan Botol Mineral Teruskan Latihan Musim PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan menghadkan pergerakan demi membendung penularan wabak coronavirus dari terus merebak.

Tetapi bagi atlet menembak, Fatin Yumni Nabila Ahmad Norizan, ia tidak bermakna dirinya akan duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa.

Fatin adalah atlet menembak bagi atlet acara 10 meter (m) Air Rifle skuad Sukma Pahang. Dengan sedikit kreativiti, Fatin meneruskan latihannya hanya dengan botol minuman air mineral 500 mililiter (ml) dan sebatang kayu.

Menurut Fatin, idea latihan tersebut datangnya dari jurulatih skuad Sukma Pahang.

Foto: Harian Metro

Memegang sebatang kayu bersama bebanan botol mineral berisi air itu sebenarnya bertujuan untuk menguatkan dan mengawal bahagian tangan serta bahu yang akan mengawal senjata ketika melakukan tembakan.

Bagi sebahagian, latihan sedemikian nampak remeh dan mudah. Tetapi sebenarnya latihan sebegini memberi impak kepada atlet menembak dalam mengekalkan ketajaman mereka ketika tanpa latihan di padang sasar akibat PKP.

Selain untuk tujuan kekuatan fizikal, latihan sebegini membantu penembak fokus bagi mendapat ketepatan tembakan ke sasaran.

Fatin yang juga bakal seorang guru (kini sedang praktikal di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur) berkata beliau meluangkan masa diantara 30 minit sehingga sejam untuk latihan tersebut.

“Saya nasihatkan kepada semua atlet Pahang terutama acara menembak [untuk] lakukan latihan di rumah secara berterusan dan tidak keluar rumah sekiranya tiada urusan penting,” katanya.

 

Sumber & FOTO: Harian Metro

Kongsi artikel ini