Pemain muda Ajax Abdelhak Appie Nouri kini sudah sedar selepas koma selama hampir tiga tahun.
Nouri rebah ketika beraksi dalam satu perlawanan persahabatan pra musim menentang Werder Bremen pada Julai 2017 akibat masalah ritma jantung yang tidak stabil.
Beliau segera dirawat oleh paramedik sebelum diteerbangkan ke hospital pada ketika itu.
Nouri adalah pemain akademi Ajax sejak dari usia 9 tahun kemudiannya dilaporkan mengalami kerosakan otak yang teruk akibat insiden itu.
Beliau telah koma selama 2 tahun dan 9 bulan, dan abangnya Abderrahim memberitakan perkembangan terkini mengenai adiknya itu yang amat positif.
Nouri’s brother: “Appie is doing good. He’s at home now. He is aware of where he is. People will now wonder ‘what does it mean, that he’s doing good?’. Well, he is not in coma anymore, he is awake, he eats, he sneezes. Sometimes he can communicate by lifting his eyebrows.” [dwdd] pic.twitter.com/IaUyHf6SEn
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) March 26, 2020
Menurut Abderrahim adiknya itu belum lagi pulih sepenuhnya, namun menunjukkan perkembangan yang baik dalam rumah yang dibina khas untuk beliau.
Bercakap kepada siaran televisyen di Belanda, Abderrahim berkata:
“Beliau baharu sahaja pulang ke rumah. Kami menjaga beliau sekarang. Sejak pulang ke rumah, keadaannya lebih baik berbanding ketika berada di hospital.
“Beliau tidak lagi koma. Tetapi masih sentiasa berada di katil dan harus bergantung kepada kami.”
Abderrahim juga mendedahkan beliau boleh berkomunikasi dengan Nouri dengan mengangkat kening. Nouri juga amat responsif ketika menonton perlawanan bola sepak.
“Ada harinya ketika mood beliau baik, beliau akan berkomunikasi dengan kening atau senyuman. Tetapi ia tidak lama.
“Kami bercakap kepada Nouri seolah-olah dia sihat. Kami ajak beliau ke dalam perbualan dan menonton bola sepak bersama-sama di ruang tamu.
“Anda akan menyedari beliau amat sukakan bola sepak. Beliau sering menunjukkan emosi. Adakalanya terlebih emosi. Tetapi sering kali beliau akan tersenyum.
Abdelhak Nouri has awaken from a coma and can now eat and sit in a wheelchair. The 22-year old midfielder collapsed in a friendly game against Werder Bremen on July 8, 2017.
Fantastic news at a difficult time. Let's hope for more good news in the coming days and weeks. 🙏
— FutbolBible (@FutbolBible) March 26, 2020
“Itu sudah cukup bagi kami. Ia membuatkan anda menghargai setiap senyuman.”
Menurut rakan sepasukan, Donny van De Beek, Nouri mahukan nombor jersi 34 kerana bercita-cita memenangi kejuaran liga ke-34 untuk Ajax
Namun hasrat itu tidak kesampaian akibat apa yang berlaku. Namun demikian rakan-rakan Nouri yang lain memastikan Ajax mampu muncul juara demi Nouri.
“Nouri sentiasa ada bersama Ajax. Perkara yang berlaku itu amat dasyat,” ujar pengurus pasukan Erik ten Hag pada Mei lalu selepas mengesahkan kejuaraan Liga Belanda.
“[Perkara sebegini] memberi kesan kepada seseorang. Pemain disi sini ibarat keluarga kepada Nouri. Mereka turut merasai penderitaan yang sama.
Skuad Ajax memberikan penghormatan dengan jersi Nouri di padang, manakala ayahnya memberikan ucapan yang menyentuh hati sesiapa sahaja di Amsterdam ketika meraikan kejayaan pasukan pada musim lalu.