Haaland Dedah Bagaimana Solksjaer Bentuk Dirinya Jadi ‘Mesin Gol’

Erling Braut Haaland berkata Ole Gunnar Solksjaer telah banyak membantu beliau memperbaiki keupayaan sebagai seorang penyerang sehingga kini dilabel sebagai salah seorang penyerang paling tajam bola sepak pernah saksikan.

Pemain Norway itu menjadi sensasi selepas menjaringkan 40 gol pada musim ini untuk Red Bull Salzburg dan Borussia Dortmund. Pemain remaja itu berhijrah ke Bundesliga pada jendela perpindahan Januari lalu.

Haaland dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United sepanjang tahun lalu, sebelum mengejutkan ramai dengan pengumuman perpindahan ke Jerman.

Ia juga bermakna Haaland menolak untuk disatukan kembali bersama Solksjaer yang memainkan peranan besar membentu beliau ketika kedua-duanya bersama Molde.

Walaupun tidak meneruskan kerjasama dengan pengurus Manchester United itu, Haaland mengakui betapa pentingnya peranan Solksjaer dalam perkembangan beliau sebagai seorang pemain.

Solksjaer yang menyertai United pada 1996 telah melatih Haaland melalui latihannya, dan mengajar pemain itu untuk tenang di dalam kotak penalti.

Bercakap kepada Eurosport, Haaland mengenang kembali satu perlawanan bersama Molde berhadapan Brann dalam saingan domestik di Norway.

Brann adalah sebuah kelab yang dikenali dengan pertahanan yang kental, tetapi Haaland berjaya menjaringkan empat gol dalam tempoh 20 minit!

“Sebelum perlawanan tersebut, Solksjaer bersama saya menjalani latihan untuk melakukan penyudah,” kata Haaland.

“Ia bukan sahaja bagaimana menyudahkan bola dari hantaran lintang. Saya masih ingat bagaimana beliau [Solksjaer] mengajar saya beberapa peraturan mudah.

“Itu adalah perkara yang beliau ajar kepada saya beberapa hari sebelu perlawanan tersebut, dan beliau banyak mengajar saya bagaimana untuk tenang, dan bagaimana untuk sentiasa bersedia untuk berhadapan situasi setiap kali bola tiba.

“Hanya dengan cara itu anda berpeluang untuk menjaringkan gol. Beliau harus diberikan banyak kredit kerana mengajar saya perkara itu.:

Sukar bagaimana untuk membayangkan Haaland mampu berada di tahap yang beliau telah capai pada hari ini.

Permulaan kariernya juga tidaklah seperti yang ramai bayangkan. Beliau berada di dalam banyak tekanan dan pada musim 2018 bersama Molde, Haaland banak terlepas peluang – walaupun hanya bergelar pemain remaja.

Sebelum perlawanan penting menenyang Brann itu, Haaland telah gagal menjaringkan gol menentang Kristiansund dan Stabaek.

Halland juga masih ingat bagaimana kecewa dirinya pada ketika itu dan bagaimana Solskjaer terus memberi kepercayaan kepada beliau.

“Saya masih ingat betapa kecewanya saya sebagai seorang penyerang muda pada ketika itu. Segala-galanya seperti tidak memihak kepada anda ketika latihan.

“Saya bersendirian [berlatih] bersama penjaga gol, dn juga tiang gol. Saya menerima hantaran daripada Ole Gunnaer [Solksjaer] dan setiap kali itu saya gagal menyempurnakan peluang.

“Saya masih ingat apa Ole katakan “Saya berpendapat anda akan beraksi dari permulaan, jadi bersedialah.”

Haaland memulakan kariernya bersama Bryne sebelum disambar oleh Molde di bawah kendalian Solksjaer pada 2017. Beliau beraksi dalam 20 perlawanan pada musim pertama di bawah kendalian pengurus itu, dan hanya menjaringkan empat gol.

Musim berikutnya Haaland menampilkan peningkatan, dengan 16 gol dari 30 penampilan.

Prestasi cemerlang tersebut membuka laluan untuk Haaland ke Salzburg, di mana karier profesional beliau benar-benar bermula dan mendapat perhatian.

Haaland menjaringkan 29 gol dari 27 perlawanan untuk mulai mencuri perhatian kelab-kelab elit di seluruh Eropah termasuk Real Madrid, Juventus, Liverpool, dan Manchester United – sebelum memilih untuk menyertai Borussia Dortmund.

Kongsi artikel ini