Expand To Show Full Article
Gol Voli Ala Servis Tekong Sepak Takraw Di Ireland Ini Curi Tumpuan Dunia - Grandstand Kita

Gol Voli Ala Servis Tekong Sepak Takraw Di Ireland Ini Curi Tumpuan Dunia

Gol voli menakjubkan dari Jordan Flores seolah-olah mencuri tumpuan peminat bola sepak di eropah.

Rembatan deras kaki kiri pemain itu menghantar bola ke penjuru atas gawang, langsung tidak memberikan peluang kepada penjaga gol lawan.

Dundalk, pendahulu Liga Ireland mungkin lebih memilih untuk berbicara mengenai mata yang mereka hilang selepas tewas kepada seteru utama Shamrock Rovers.

Namun kualiti jaringan ini pasti akan sentiasa dikenang dan terpahat di dalam ingatan setiap penyokong mereka.

Teknik Flores amat unik. Ia seolah-olah teknik yang sama digunakan ketika melakukan servis dalam permainan sepak takraw.

Dari saat pemain itu mengangkat tinggi kaki kirinya, sehingga ke saat bola yang dilibas itu menewaskan Michael Duffy di penjuru kanan gawang, rakaman video perlawanan ini pasti akan disaksikan berulang kali.

Sejak dikongsikan di Twitter oleh RTE Sport’s, ia telah ditonton lebih daripada 3 juta kali!

Sky Sports News pula menggelar gol tersebut “Wonder-Volley”, dan telah menyertakan rakaman jaringan tersebut ke dalam Buletin Sabtu.

“Ia adalah voli yang pasti digemari oleh Zinedine Zidane,” kata mereka.

Laman sesawang The France Football pula menggelar jaringan tersebut sebagai “La folle reprise de volee” – membawa maksud “Gol Voli yang gila”.

FIFA turut berkongsi jaringan tersebut di jaringan sosial media mereka, memberi bayangan ianya berkemungkinan akan dicalonkan untuk Anugerah Puskas.

Akhbar AS di Sepanyol pula mengumumkan Anugerah Puskas 2020 telah dimenangi oleh Jordan Flores daripada Dundalk.

 

Kongsi artikel ini