Gol ‘Tiki-Taka’ Berpasukan Penang FA Tarik Perhatian Media Antarabangsa

Gol jaringan Endric Santos, hasil gerakan menarik berpasukan Pulau Pinang ketika menentang Sarawak United di saingan Liga Premier pada Mac lalu mendapat perhatian media antarabangsa 433.

Ia dikongsikan di rangkaian media sosial 433 meliputi Twitter, Instagram dan juga Facebook. Akaun Instagram syarikat itu sahaja memiliki 27.1 juta pengikut dari seluruh dunia.

Dalam perlawanan pertama Liga Premier pada musim ini, Pulau Pinang melayan kunjungan pasukan serba baharu, Sarawak United.

Ia nyata debut mengecewakan buat kelab di bawah naungan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) itu apabila dibelasah oleh skuad kendalian Manzoor Azwira dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Dalam perlawanan tersebut, Pulau Pinang mendahului seawal minit ke-7 melalui penyerang import, Casagrancde sebelum Amer Azahar menggandakan kedudukan kepada 2-0 pada minit ke-35 perlawanan.

Casagrande kemudiannya menambah satu lagi jaringan pada minit ke-40 untuk Pulau Pinang memiliki pendahulan selesa 3-0.

Tidak berdiam diri, Sarawak United cuba bangkit di babak kedua apabila menjaringkan satu gol melalui Milad Zanidpour pada minit ke-43.

Tamat saingan babak pertama, Pulau Pinang selesa mendahului pasukan dari Borneo itu denga jaringan 3-1.

Perlawanan terus rancak selepas bersambung pada babak kedua. Minit ke-53, giliran Endrick Dos Santos menjadikan kedudukan 4-2.

Gol keempat Pulau Pinang itu dianggap istimewa kerana ia dihasilkan melalui gerakan cantik secara berpasukan melibatkan empat pemain.

Malah ada di kalangan penyokong menganggapnya seperti corak permainan ‘tiki taka’ yang pernah diperkenalkan Barcelona satu ketika dahulu.

Sarawak United merapatkan jurang melalui Patri Ronaldinho, namun Pulau Pinang memastikan kelebihan terus menjadi milik mereka sehingga ke wisel penamat.

Selepas empat perlawanan sehingga liga ditangguhkan akibat penularan COVID-19, Pulau Pinang menduduki tangga ketiga Liga Premier hasil dua kemenangan, dan dua keputusan seri.

 

Kongsi artikel ini